Resepi Biskut Snow Almond Sukatan Cawan Rangup Nestum Simple Cookies Paling Sedap

Resepi Biskut Snow Almond Sukatan Cawan Rangup Nestum Gebu Paling Sedap.  Snow almond cookies kegemaran anak-anak serta antara kuih paling cepat habis di rumah saya ketika hari raya. Kos agak sedikit tinggi dan banyak step kena buat namun bila sudah siap dan dapat hidangkan kepada tetamu, memang tersangat puas hati rasanya.. Ada yang nak cuba tak ? Jom saya kongsikan resepi snow almond cookies  sukatan cawan, Dapat dalam tiga balang.


Biskut Snow Almond Sukatan Cawan
Resepi Biskut Snow Almond Sukatan Cawan


Resepi Snow Almond Sukatan Cawan Paling Sedap Mudah Rangup Simple

Bahan untuk resepi snow almond mudah :



Snow Almond Recipei
Snow Almond Resepi



Bahan A

  1. 500 gram buttercup
  2. Satu setengah cawan gula halus


  • Pukul hingga sedikit kembang, sekejap je tau


Bahan B

  1. Satu cawan serbuk badam
  2. Satu cawan susu tepung
  3. Satu cawan nestum original


  • Satukan semua dan kacau rata


Bahan C

Satu cawan tepung jagung
Dua cawan tepung gandum ( atau lebih, jika adunan lembik tambah sikit hingga adunan lembut dan cantik )

  • Ayak semua bahan c

Resepi Snow Almond Step By Step
Snow Almond Step By Step


Bahan D

  1. 500 gram cokalt Dark Beryls
  2. Tiga sudu besar chocolate butter ( untuk cairkan sedikit coklat bar)


  • Masak secara double boil.


Bahan E

  1. Serbuk Roti


  • Panaskan serbuk roti dalam oven selama lima belas minit pada suhu 100


Cara Buat Snow Almond

Resepi Biskut Snow Almond Simple
Resepi Snow Almond Simple


Cara Membuat Snow Almond

  1. Satukan bahan A dan B
  2. Masukkan bahan C secara sedikit demi sedikit mengikut adunan doh. 
  3. Pastikan doh lembut serta cantik.
  4. Bentukkan bulat-bulat atau canaikan dan terap guna acuan



Step akhir, bakar snow almond cookies pada suhu 150 selama dua puluh minit atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing. Dah siap, biarkan untuk kuih snow almond sejuk sekejap. 

Resepi Snow Almond Cookies
Snow Almond Cookies Resepi

Apabila sudah betul-betul sejuk, celupkan ke dalam coklat cair dan gaulkan dengan serbuk roti putih. Siap. Cara buat biskut snow almond mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan selamat hari raya.

No comments:

Post a Comment

×