Resepi Donut Kentang Sukatan Cawan Gebu Dan Lembut Mudah Sedap Simple. Kepada semua peminat donut di serata dunia wajib rasa donut kentang paling sedap ini. Nikmatnya tidak terkata. Lebih- lebih lagi dapat makan masa tengah panas-panas. Terasa lemak, lembut serta empuk. Tidak perlu letak topping atau icing sugar, tanpa apa-apa bahan tambahan lain pun dah sedap sangat. Dibawah saya sediakan resepi donut kentang gebu sukatan cawan :



Resepi Donut Kentang Lembut Dan Gebu Sukatan Cawan



Resepi Donut Kentang Gebu
Donut Kentang Gebu


Bahan untuk resepi donut kentang sedap :


Sesiapa yang nak resipi donut kentang sukatan cawan boleh klik atau rujuk > Tukar Sukatan Gram Ke Sukatan Cawan.

  1. 250 gram tepung gandum
  2. 50 ml fresh milk (lebih kurang)
  3. 50 gram gula
  4. Satu biji telur
  5. 100 gram kentang yang telah siap di lenyek
  6. 50 gram shortening atau majerin
  7. 1 sudu makan susu tepung
  8. Setengah sudu kecil garam
  9. Satu sudu makan yis
  10. Setengah sudu kecil RFB pelembut roti ( boleh guna juga pelembut roti jenama lain )

Resepi Donut Kentang Lembut
Donut Kentang Lembut



Cara Membuat Donut Kentang Lembut

Donut Kentang Gebu Dan Lembut
Resepi Donut Kentang Gebu Dan Lembut


Cara Membuat Donut Kentang Yang Lembut ;


  1. Pukul telur satukan dengan fresh milk, campurkan semua bahan kecuali shortening atau margerin. 
  2. Uli sampai jadi doh
  3. Selepas itu, baru masukkan shortening atau majerin.
  4. Uli lagi sampai elastik bagi mendapatkan donut kentang yang enak dan lembut.
  5. Timbang 50 gram rounding sampai habis. 
  6. Biarkan doh naik satu kali ganda dan lubangkan pada bahagian tengah guna penutup botol. 
  7. Rehatkan doh sekejap, tutup donut ketika perap bagi elak doh menjadi kering.


Donut Kentang Lembut Dan Gebu
Resepi Donut Kentang Lembut Dan Gebu


Step akhir, panaskan minyak dan goreng menggunakan api sederhana hingga warna bertukar keperangan-perangan. Siap untuk dihidangkan bagi santapan ahli rumah ataupun kepada tetamu yang berkunjung ke rumah.


Donut Kentang Recipe
Donut Kentang Resepi


Oh ya, cara dapatkan ring pada donut, tekniknya ketika mengoreng hanya sekali balik. Apabila bahagian sebelah sudah keperangan baru dibalikkan kebahagian sebelah lagi. Cara buat donut kentang mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi esok.

> Resepi Donut Tanpa Yis Dan Telur Sukatan Cawan