Resepi Kerepek Bawang Sukatan Cawan Rangup Pedas Mudah Sedap Step By Step.  Belum puasa lagi tetapi semangat raya dah membuak-buak dalam diri. Tadi pergi pasar tetiba rasa nak makan kerepek bawang tradisional yang mudah dan sedap ini. Mengidam kot. Alang-alang, kita buatkan lebih sikit lah sebab boleh dijadikan jajan untuk encik suami dan anak-anak depan tv. Mesti suka diaorang kalau dapat tahu kejap lagi. Ketagih makan kerepek bawang tau, sampaikan boleh habis satu balang sorang-sorang. Ada yang suka tak dengan keripik bawang ? Kita geng. Jom saya kongsikan resepi kerepek bawang pedas sukatan cawan step by step.



Kerepek Bawang Sukatan Cawan
Resepi Kerepek Bawang Sukatan Cawan


Resepi Kerepek Bawang Rangup Sukatan Cawan Ringkas Simple Senang

Bahan untuk resepi kerepek bawang step by step :

Resepi Kerepek Bawang Sedap
Kerepek Bawang Sedap


Bahan A  : Doh Tepung


  1. Dua labu bawang besar besaiz sederhana 
  2. Seulas bawang putih
  3. Satu, satu per empat  tepung gandum
  4. Satu sudu besar tepung beras
  5. Satu sudu besar serbuk udang kering (optional)



  • Blend kering bawang besar dan bawang putih tanpa air sampai lumat Jangan bimbang kerana bawang besar akan mengeluarkan airnya sendiri apabila kita kisar. Kemudian masukkan dalam bekas lain.
  • Masukkan tepung dan gum dan tepung beras secara sedikit demi sedikit sambil uli sampai jadi doh.
  • Kalau doh masih lebih tambahkan tepung gandum sikit dan uli sampai jadi doh bulat.
  • Bahagikan doh kepada beberapa bahagian
  • Canaikan secara berasingan


Resepi Kerepek Bawang Tradisional
Kerepek Bawang Tradisional

Bahan B : Doh Majerin


  1. Satu setengah cawan tepung gandum
  2. Satu sudu besar tepung beras
  3. 80 gram marjerin(sy guna brand pelangi)
  4. Setengah sudu kecil garam
  5. Air secukupnya.




  • Satukan tepung gandum, tepung beras, garam dan majerin serta gaul sampai sebati atau berderai.
  • Masukkkan air sedikit demi sedikit sambil uli sampai menjadi doh yang bulat.
  • Bahagikan doh kepada beberapa bahagian.
  • Canaikan secara berasingan.

Kerepek Bawang Resipi
Resipi Kerepek Bawang Sukatan Cawan



Cara Buat Kerepek Bawang

Cara Potong Kerepek Bawang


Cara membuat kerepek bawang :

Resepi Kerepek Bawang Rangup
Kerepek Bawang Rangup


  1. Ambil doh majerin dan tindan dengan doh bawang.
  2. Ulangi step hingga doh habis.
  3. Gulung
  4. Masukkan dalam peti ais selama dua hingga tiga jam. ( saya tak letak pun, terus potong )
  5. Kemudian, potong nipis-nipis guna pisau dapur yang tajam.

Kerepek Bawang Rangup
Kerepek Bawang Resepi



Step akhir, panaskan minyak dan goreng guna api sederhana. Sentiasa kacau dan jangan lama sangat nanti hangit pula. Bila dah nampak warna dah tukar keperangan, angkat dan toskan ye. Biarkan seketika untuk kerepek bawang sejuk sebelum masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Kerepek Bawang Sukatan Cawan Resepi
Kerepek Bawang Sukatan Cawan

Sedikit tips cara keripik bawang. Kalau nak dapatkan effect macam tudung saji, masukkan sekeping-sekeping ke dalam kuali ya. Cara buat kerepek bawang rangup mudah je kan, selamat mencuba semua. Jumpa lagi di lain hari dan salam.