Resepi Kuih Gunting Sukatan Cawan Rangup Mudah Simple Pedas Paling Sedap

Resepi Kuih Gunting Sukatan Cawan Rangup Mudah Simple Pedas Paling Sedap. Ini dia satu lagi resepi kuih raya simple dan bergambar untuk semua. Ada sesiapa yang suka tak makan kuih gunting rangup pedas ni ? Boleh letak ikan bilis atau nak sira pedas lagi sekali pun boleh. Atas selera masing-masing. Kat rumah saya, ibu diaorang memang selalu kena buat biskut gunting ni sebab banyak permintaan dari ahli rumah. Nak tak nak kita layankan sahaja lah. Bak kata siapa tah, suami dan anak-anak suka ibu pun tumpang gembira. Jom saya kongsikan resepi kuih gunting rangup sukatan cawan :


Kuih Gunting Sukatan Cawan
Resepi Kuih Gunting Sukatan Cawan



Resepi Kuih Gunting Pedas Sukatan Cawan Ringkas Senang Viral 

Bahan untuk resepi kuih gunting pedas rangup ;

Kuih Gunting Pedas Resepi
Kuih Gunting Pedas


Bahan A : Doh

  1. Empat sudu besar majerin ( saya guna cap pelangi, jika suka lembut sila lebihkan ya )
  2. Satu kilogram tepung gandum


Kuih Gunting Sedap Dan Rangup
Resepi Kuih Gunting Sedap Dan Rangup




 Bahan B  : Blender

  1. Empat biji bawang besar
  2. Dua genggam udang kering
  3. Tiga sudu makan jintan kasar
  4. Tiga sudu makan jintan putih


Kuih Gunting Mudah Sukatan Cawan
Resepi Kuih Gunting Mudah Sukatan Cawan


Bahan C


  1. Satu sudu makan garam halus
  2. Dua genggam daun kari
  3. Dua genggam daun sup
  4. Dua sudu besar cili kering
  5. Air secukupnya

Kuih Gunting Recipe
Kuih Gunting Resepi


Cara Buat Kuih Gunting Pedas

Cara Buat Kuih Gunting Mudah
Cara Buat Kuih Gunting


Cara buat kuih gunting mudah :

  1. Panaskan majerin dan masukkan ke dalam tepung gandum. Gaul rata.
  2. Masukkan bahan B dan gaul rata lagi
  3. Seterusnya, masukkan semua bahan C
  4. Canaikan doh, jika suka nipis boleh canaikan nipis-nipis tapi saya suka tebal sikit.
  5. Masak atas pan sekejap sahaja untuk permudahkan kita nak gunting kejap lagi
  6. Kemudian, gunting ikut gaya masing-masing.


Kuih Gunting Mudah
Kuih Gunting Sukatan Cawan

Step akhir, panaskan minyak dan goreng bersama lebihan daun kari sampai warna bertukar keemasan. Toskan dan biarkan sejuk seketika sebelum simpan dalam bekas kedap udara untuk dijadikan kuih raya kepada tetamu yang berkunjung ke rumah mahupun jajan untuk anak-anak semasa tonton tv. Cara membuat kuih gunting mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain waktu.

No comments:

Post a Comment

×