Resepi Kuih Kaswi Pandan Sukatan Cawan Mudah Simple Gedik Goyang Paling Sedap

Resepi Kuih Kaswi Pandan Sukatan Cawan Mudah Simple Gedik Goyang Paling Sedap. Antara menu sarapan pagi kami sekeluarga tadi. Apa nama kuih tradisional ni sebenarnya ye? Kuih kaswi ke kuih kasui ? Kalau ada sesiapa yang lebih arif mungkin boleh tinggalkan nama betul kuih ni di ruangan komen dibawah. Apa-apa pun saya tak kisah sangat pasal nama dia asal sedap sudah lah. Tapi tu lah tetiba je rasa nak tahu. Mesti ramai peminat kuih kasui ni kan, jom saya kongsikan resepi kasui pandan sukatan cawan :


Kuih Kaswi Pandan Sukatan Cawan
Resepi Kuih Kaswi Pandan Sukatan Cawan


Resepi Kuih Kaswi Pandan Lembut Paling Sedap Mudah Lemak Manis

Bahan untuk resepi kuih kaswi pandan goyang :

Kuih Kasui Pandan Resepi
Kuih Kaswi Pandan Resepi


Bahan A

  1. Satu cawan tepung gandum
  2. Satu cawan tepung ubi kayu
  3. Satu cawan santan
  4. Satu setengah cawan air daun pandan( tiga helai)
  5. Tiga per empat cawan gula pasir
  6. Setengah sudu teh air kapur
  7. Setengah sudu teh garam
  8. Satu biji telur
  9. Pewarna hijau

Bahan B

  1. Kelapa parut (putih sahaja)
  2. Secubit garam


  • Gaul dan kukus sekejap agar kelapa tahan lama



Kuih Kaswi Pandan Lembut
Kuih Kaswi Pandan Sukatan Cawan



Cara Buat Kuih Kaswi Pandan

Resepi Kuih Kaswi Pandan Mudah
Kuih Kaswi Pandan Mudah


Cara Membuat Kuih Kaswi Pandan ;

  1. Satukan kesemua bahan A dan kacau sampai sebati serta tidak berketul. Tapis
  2. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.

Kuih Kaswi Goyang Sukatan Cawan
Resepi Kuih Kaswi Goyang


Step akhir, kukus selama setengah jam atau sampai masak bergantung kepada alat pengukus masing-masing. Apabila dah siap, biarkan sejuk seketika sebelum potong. Kemudian gaulkan dengan kelapa parut tadi. Cara buat kuih kaswi pandan goyang mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan semoga bermanfaat. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

×