Resepi Kuih Kerbau Guling Viral Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple Original Thai. Syukur, siap juga rezeki kami satu rumah untuk berbuka puasa kejap lagi iaitu kuih kerbau guling thailand. Ada sesetengah tempat panggil kuih tradisional ini sebagai kuih koleh hitam kalau tak silap saya lah. Kalau salah tolong perbetulkan ya di ruangan komen dekat bawah. Boleh katakan setiap tahun juga lah saya sediakan kuih kerbau guling rantau panjang kelantan untuk santapan keluarga sebab semua ahli rumah suka makan. Dah macam tradisi lah kiranya, kalau tak buat rasa macam tak lengkap je bulan ramadhan. Ada yang suka tak ? Jom saya kongsikan resepi kuih kerbau guling mudah sukatan cawan untuk rujukan semua. Harap bermanfaat ya.


Kuih Kerbau Guling Sukatan Cawan
Resepi Kuih Kerbau Guling Sukatan Cawan


Resepi Kuih Kerbau Guling Mudah Ringkas Senang Tular Paling Sedap

Bahan untuk kuih kerbau guling sedap :

Kuih Kerbau Guling Resepi
Kuih Kerbau Guling Sukatan Cawan


Bahan A

  1. Setengah kilogram tepung beras
  2. Satu cawan tepung jagung
  3. Dua liter air
  4. Dua biji tempurung kelapa ( bakar, tumbuk dan tapis, kita guna air hitam dia sahaja ya )
  5. Satu sudu kecil kapur makan
  6. Setengah kilogram gula pasir
Resepi Kuih Kerbau Guling Kelantan
Kuih Kerbau Guling Kelantan




Bahan B

  1. Setengah kilogram kelapa parut
  2. Garam sikit
  3. Beras pulut ( goreng )


Cara Buat Kuih Kerbau Guling


Resepi Kuih Kerbau Guling Thai
Kuih Kerbau Guling Thai


Cara Membuat Kuih Kerbau Guling ;

  1. Gaul tepung jagung bersama tepung beras hingga sebati
  2. Masukkan air, kapur makan ( bancuh dengan setengah cawan air ) dan  air debu tempurung
  3. Tuang semua bancuhan ke dalam kuali dan masukkan gula.
  4. Kacau sampai pekat
  5. Bila sudah masak, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris minyak.
  6. Biarkan sejuk seketika

Kuih Kerbau Guling Viral
Kuih Kerbau Guling Resepi

Step akhir apabila sudah sejuk, potong dan gulingkan atas kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Taburkan beras pulut yang telah kita goreng tadi. Siap. Sekarang dah boleh dihidangkan atas meja makan. Cara buat kuih kerbau guling mudah je kan, selamat mencuba semua. Oh ya, jangan lupa untuk sapukan juga minyak pada permukaan kuih kerbau guling agar ianya tidak mudah kering dan keras. Salam dan jumpa lagi di lain kali.