Resepi Kuih Koci Pulut Hitam Sukatan Cawan Sedap Bersantan Mudah Simple.  Syukur setelah sekian lama tertangguh, akhirnya hari ini dapat juga saya siapkan kuih muih tradisional orang kita iaitu kueh koci pulut hitam untuk juadah berbuka puasa sekejap lagi. Mungkin sesetengah orang tidak gemarkan kuih koci bersantan ni namun ianya tetap menjadi salah satu santapan kegemaran saya dan keluarga sejak sekian lama walaupun cara nak buat kuih koci pulut hitam sedikit renyah. Bagi saya kuih koci terengganu dan kuih koci kelantan memang terbaik. Jom saya kongsikan resepi kuih koci pulut hitam sedap sukatan cawan :

Kuih Koci Pulut Hitam Sukatan Cawan
Resepi Kuih Koci Pulut Hitam Sukatan Cawan


Resepi Kuih Koci Pulut Hitam Santan Leleh Meleleh Senang Ringkas


Bahan untuk resepi kuih koci pulut hitam leleh :


Resepi Kuih Koci Pulut Hitam Bersantan
Kuih Koci Pulut Hitam Bersantan

Bahan A

  1. Daun Pisang ( layur )


Bahan B

  1. Satu paket tepung pulut ( 500 gram )
  2. Setengah cawan pulut hitam yang dikisar (rendam dulu)
  3. Air untuk menguli

  • Satukan semua bahan diatas dan gaul sampai jadi doh yang lembut.

Kuih Koci Sukatan Cawan
Resepi Kuih Koci Sukatan Cawan


Bahan C : Resepi Inti Kuih Koci Pulut Hitam


Bahan untuk resepi kuih koci inti kelapa ;


  1. Satu biji kelapa
  2. Setengah cawan gula merah
  3. Setengah cawan gula pasir
  4. Setengah cawan air
  5. Lima susu makan tepung gandum


Cara Buat Inti Kuih Koci

Cara membuat inti kuih koci :


  • Masak gula merah bersama pasir sampai cair
  • Kemudian tapis
  • Masukkan kelapa dan kacau sampai rata dan sebati. 
  • Last, masukkañ tepung gandum bagi pekat agar boleh di kepal bulat bulat.

Resepi Kuih Koci Kelantan
Kuih Koci Resepi



Bahan D : Santan


Cara Buat Santan Kuih Koci :


  1. 200ml santan ( saya guna santan kotak Kara )
  2. 150 ml air
  3. Tiga sudu makan tepung beras
  4. Satu sudu teh garam

  • Masak atas dapur dan kacau sampai pekat


Cara Buat Kuih Koci Pulut Hitam

Kuih Koci Terengganu
Resepi Kuih Koci Salut Santan



Cara Membuat Kuih Koci Pulut Hitam :

  1. Bulatkan kecil-kecil adunan bahan B dan masukkan inti kelapa yang telah kepal bulat-bulat tadi.
  2. Buat sampai kedua dua bahan tersebut habis.
  3. Kemudian, didihkan air dalam periuk atas dapur sampai menggelegak.
  4. Bila dah gelegak, masukkan doh yang telah kita letak inti tadi dan rebus sampai ianya timbul.
  5. Angkat dan toskan.
  6. Selepas itu, masukkan ke dalam bekas santan yang kita masak tadi.

Resepi Kuih Koci Viral
Resepi Kuih Koci Leleh


Step akhir,  cedok kuih koci yang bersalut santan tersebut dan letakkan atas daun pisang. Bungkus cantik-cantik. Siap untuk dijadikan sarapan pagi ataupun makan petang bersama ahli rumah. Cara buat kuih koci bersantan mudah je kan, selamat mencuba semua. Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu. Salam.