Resepi Kuih Lapis Coklat Sukatan Cawan Sedap Mudah Simple Pandan Kukus

Resepi Kuih Lapis Coklat Pandan Sukatan Cawan Mudah Dan Sedap Simple Kukus. Alhamdulillah, syukur. Pertama kali mencuba untuk buat kek lapis coklat dan menjadi walaupun tidak secantik mana. Namun, rasanya memang sedap dan boleh buka selapis-selapis lagi. Terima kasih lah kepada yang sudi berkongsi resepi kuih lapis coklat pandan dengan saya.Sekejap je habis licin bila hidangkan untuk encik suami dan anak-anak tadi. Lain kali boleh buat lagi lah kalau terima sambutan sebegini. Rasa dihargai gitu. Ada yang nak recipe tak ? Jom saya kongsikan untuk rujukan semua resepi kuih lapis coklat kukus sukatan cawan :

Resepi Kuih Lapis Coklat Sedap
Kuih Lapis Coklat Sukatan Cawan



Resepi Kuih Lapis Coklat Sedap Senang Ringkas Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kuih lapis coklat kukus :



Bahan A

  1. Dua cawan tepung beras
  2. Satu cawan tepung gandum
  3. Dua sudu besar tepung jagung
  4. Tiga cawan santan
  5. Satu cawan susu cair
  6. Satu, satu per empat gula pasir
  7. Satu sudu kecil garam halus



Bahan B

  1. Tiga sudu makan coklat masakan
  2. Lima sudu air kosong


  • Bancuh kedua-dua bahan B hingga sebati.


Bahan C

  1. Pewarna pandan/ hijau



Cara Buat Kuih Lapis Coklat

Resepi Kuih Lapis Coklat Pandan
Kuih Lapis Coklat Pandan


Cara membuat kuih lapis coklat :

  1. Campur dan gaulkan semua bahan A sampai sebati dan tapis
  2. Kemudian, bahagi kepada dua bahagian.
  3. Satu bahagian letak warna hijau dan satu lagi letak bancuhan coklat tadi.


Step akhir, kukus setiap lapis selamat limat minit dan lapisan terakhir selama lima belas minit. Bila dah siap, biarkan sejuk dulu baru potong ya. Cara buat kuih lapis coklat mudah je kan, selamat mencuba semua. Jumpa lagi dan salam.

No comments:

Post a Comment

×