Resepi Kuih Lapis Pandan Sukatan Cawan Mudah Simple Paling Sedap Kukus. Lebihan tempahan kuih lapis pandan dari rakan sepejabat encik suami. Katanya nak buat majlis kecil-kecil sempena anak khatam mengaji. Rezeki kami sekeluarga hari ini sebagai juadah minum petang dikenakan bersama air susu halia panas di kala hujan sedang turun dengan lebatnya. Ada yang suka tak ? Jom saya kongsikan resepi kuih lapis pandan guna blender :

Kuih Lapis Pandan Kukus Sukatan Cawan
Kuih Lapis Pandan Sukatan Cawan


Resepi Kuih Lapis Pandan Kukus Sukatan Cawan Ringkas Senang

Bahan untuk resepi kuih lapis pandan tepung gandum ;


  1. Satu cawan tepung beras
  2. Dua sudu besar tepung gandum
  3. Dua sudu besar tepung jagung
  4. Dua cawan santan
  5. Setengah cawan gula
  6. Sedikit garam
  7. Pewarna atau perisa pandan

Cara Buat Kuih Lapis Pandan

Cara membuat kuih lapis pandan :


  1. Blender je semua bahan kecuali pewarna hingga sebati.
  2. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu letak pewarna dan satu lagi tak yah letak pewarna


Step akhir, panaskan alat pengukus. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus lapisan pertama selama tiga minit. Kemudian, garukan sikit permukaan lapisan pertama pakai garfu dan tuangkan adunan yang kedua pula. Ulang Sambung kukus selama lima belas minit. Siap. Cara buat kuih lapis pandan mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi.