Resepi Kuih Lopes Tanpa Kukus Tanpa Daun Pisang Tanak Guna Rice Cooker. Malam nanti kami satu keluarga makan kuih tradisional Johor iaitu kuih lopes yang mudah dan sedap. Yang istimewanya kuih lopes yang saya siapkan tadi adalah proses pembuatannya sudah di modenkan. Saya guna rice cooker sahaja. Bukan tak nak kukus tapi saja-saja je mencuba sesuatu yang baru. Tak salahkan. Syukur menjadi dengan jayanya.  Yang lain kalau nak cuba boleh ambil resepi kuih lopes sukatan cawan tanpa daun pisang dekat bawah ya :


Kuih Lopes Tanpa Daun Pisang
Resepi Kuih Lopes Tanpa Daun Pisang


Resepi Kuih Lopes Rice Cooker Periuk Nasi Simple Mudah Paling Sedap

Bahan untuk resepi kuih lopes tanak :

Kuih Lopes Sukatan Cawan
Resepi Kuih Lopes Sukatan Cawan


Bahan A : Pulut

  1. Dua cawan beras pulut
  2. Satu cawan santan cair
  3. Satu cawan air
  4. Satu cawan air daun pandan
  5. Garam sikit
  6. Pewarna hijau sikit ( jika perlu )


Bahan B : Air Gula Melaka


  1. Satu keping gula melaka
  2. Satu cawan gula perang
  3. Lima cawan air
  4.  Sehelai daun pandan

  • Satukan dan masak hingga sedikit pekat


Bahan C


  1. Kelapa parut ( putih sahaja )
  2. Garam sikit

  • Gaul rata kedua-dua bahan c

Kuih Lopes Tanak
Resepi Kuih Lopes Tanak


Cara Buat Kuih Lopes Mudah

Kuih Lopes Resepi
Kuih Lopes Tradisional


Cara Buat Kuih Lopes Simple :


  1. Basuh beras pulut dan masukkan santan cair,air,air daun pandan dan garam serta sedikit pewarna hijau ( pewarna boleh juga kalau tak letak ).
  2. Gaul atau adun kasi rata.
  3. Seterusnya, masukkan ke dalam periuk nasi elektrik. 
  4. Masak pulut macam masak nasi biasa.
  5. Selepas pulut masak, keluarkan dan padatkan pulut tersebut dalam bekas bersesuaian.
  6. Bentukkan bulat atau tiga segi atau lain-lain bentuk ikut kehendak masing-masing ( saya buat bulat je senang sebab acuan guna cawan )

Kuih Lopes Tanpa Kukus
Resepi Kuih Lopes Tanpa Kukus


Step akhir, gaulkan kuih lopes dengan kelapa parut tadi sampai rata. Siap Sekarang, sudah boleh di hidangkan bersama kuah kuih lopes yang kita buat tadi untuk santapan ahli keluarga mahupun tetamu yang berkunjung tiba di rumah. Cara membuat kuih lopes tanpa kukus mudah je kan, selamat mencuba semua. Lain kali ketemu lagi. Salam.