Resepi Kuih Lopes Tiga Segi Tanpa Santan Mudah Simple Dan Paling Sedap. Selamat petang semua. Tengah buat apa tu ? Saya baru sahaja siapkan kuih lopes tradisional untuk makan petang bersama ahli rumah kejap lagi. Ada yang suka kuih lopis tak ? Jom saya kongsikan resepi kuih lopes 3 segi yang menjadi resepi turun temurun dari arwah opah saya. Tiap-tiap minggu mesti akan ada orang order kuih lopes dengan arwah dulu. Tak menang tangan dia. Kadang-kadang kalau saya balik kampung di johor dulu, adalah juga saya membantu sikit-sikit untuk siapkan tempahan. Tu lah yang dapat resepi kuih lopes yang mudah dan sedap ni.
Resepi Kuih Lopes Tiga Segi |
Resepi Kuih Lopes Tanpa Santan Senang Ringkas 3 Segi
Bahan untuk resepi kuih lopes sedap :
Kuih Lopes Johor |
Bahan A
- Satu kilogram beras pulut
- Daun pandan
- Pewarna hijau
Bahan B
- Daun pisang ( untuk bungkus )
Bahan C
- Kelapa parut
- Secubit garam
- Gaul kelapa parut bersama secubit garam
- Kukus sekejap untuk tahan lama.
Cara Buat Kuih Lopes Tiga Segi
Kuih Lopes Tradisional |
Cara membuat kuih lopes tiga segi ;
- Rendam pulut dengan air pandan dan pewarna hijau selama lebih kurang dua jam.
- Kemudian toskan air, bungkus guna daun pisang menjdi 3 segi hingga pulut habis.
- Panaskan air atas dapur sampai mendidih.
- Rebus pulut yang telah siap kita bungkus dengan air mendidih.
- Masukkan satu sudu besar air kapur dalam air rebusan tersebut
- Biarkan selama satu jam menggunakan api sederhana.
Kuih Lopes Resepi |
Step akhir, tos dan sejukkan seketika. Selepas itu, gaulkan kuih lopes bersama kelapa parut. Sekarang jom kita buat kuah kuih lopes tiga segi pula. Cara buat kuah kuih lopes ada dekat bawah ya.
Resepi Kuih Lopes Johor |
Dah siap, bolehlah hidangkan atas meja untuk santapan bersama ahli keluarga atau para tetamu yang bertandang ke rumah. Cara buat kuih lapis tiga segi mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari ya...
0 Comments