Resepi Murtabak Mini Kulit Popia Frozen Inti Ayam Mudah Simple Paling Sedap. Murtabak mini ayam cheese in the house. Bulan puasa nanti saya tak perlu lagi nak beratur dah kot untuk beli murtabak bazar sebab sekarang saya sudah pandai buat murtabak mini sendiri. Gembiranya rasa. Dan harapan yang jauh di sudut hati serta paling tinggi setakat hari ini adalah semoga tiada lagi kes-kes terpencil anak bergaduh sebab murtabak tak cukup semasa proses buka puasa. Nak berbuka dengan aman damai gitu. Al maklum memasing hantu murtabak, kalau beli sikit kompem tak cukup habis hingar bingarlah satu rumah diaorang berebut.  Jadi kita buat lebih sikit  murtabak mini, makan terus separuh dan separuh lagi frozen kan untuk  stok ramadhan nanti. Lagi sedap dari beli kat kedai tau, ayam seketul-seketul rasa bila kunyah. Nak letak inti sardin pun boleh eh..Ada yang suka makan murtabak tak ye ? Jom saya kongsikan resepi murtabak mini frozen inti ayam atau inti daging :
.
Murtabak Mini Kulit Popia Frozen
Resepi Murtabak Mini Kulit Popia Frozen


Resepi Murtabak Aayam Kulit Popia Ringkas Senang Viral Paling Sedap

Bahan untuk resepi murtabak kulit popia sedap :

Murtabak Mini Frozen
Murtabak Mini Kulit Popia


Bahan A


  1. Kulit Popia
  2. Dua biji telur ayam
  3. Daun sup ( hiris )
  4. Daun bawang  ( hiris )
  5. Cheese ( optional : nak letak boleh tak letak pun boleh )

Resepi Murtabak Mini Frozen
Murtabak Mini Frozen


Bahan B :  Inti

Resepi Inti Murtabak Paling Sedap

Bahan untuk inti murtabak mini :
.
  1. Isi ayam atau daging - cincang
  2. Kentang - potong dadu
  3. Lobak - potong dadu
  4. Satu paket kecil rempah kari daging
  5. Tiga ulas bawang putih - hiris
  6. Satu biji bawang besar - hiris
  7. Dua biji bawang besar - potong dadu
  8. Daun sup - hiris
  9. Garam sikit
  10. Gula sikit
  11. Minyak masak sikit untuk tumis.

Cara Buat Murtabak Mini Frozen
Cara Buat Murtabak Mini


Cara Buat Inti Murtabak Daging

Cara Membuat Inti Murtabak Ayam :


  1. Panaskan minyak masak
  2. Masukkan bawang yang telah siap dihiris
  3. Masukkan rempah kari serta sedikit air
  4. Tumis rempah sampai pecah minyak
  5. Masukkan isi ayam atau daging
  6. Masukkan kentang
  7. Masukkan air separas dengna bahan-bahan yang sedang dimasak
  8. Masak sampai air menjadi hampir kering
  9. Masukkan gula dan garam
  10. Masak lagi sampai betul-betul kering
  11. Siap dan biarkan seketika untuk sejuk


Murtabak Mini Recipe
Murtabak Mini Resepi



Cara Buat Murtabak Mini

Resepi Murtabak Ayam Kulit Popia
Resepi Murtabak Ayam Sedap


Cara membuat murtabak mini :

  1. Pecahkan dua biji telur. Masukkan sedikit garam dan pukul sampai sebati
  2. Seterusnya masukkan inti murtabak mini yang kita sediakan tadi
  3. Masukkan daun sup serta bawang. Kacau kasi rata.
  4. Ambil kulit popia, buka dan letak atas dulang. Kepada yang letak cheese, bubuh cheese di tengah-tengah )
  5. Ambil tiga sudu makan inti murtabak yang kita campur telur serta bawang tadi dan letak pada bahagian tengah-tengah kulit popia.
  6. Lipat cantik-cantik dan lekatkan guna gam ( campuran tepung gandum dan air ). 

Resepi Murtabak Mini Simple
Resepi Murtabak Mini Ayam Kulit Popia


Step akhir, panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak atau majerin dan goreng sehingga masak. Sekarang siap sedia untuk dihidangkan kepada ahli rumah atau para tetamu yang bertandan ke rumah. Kepada yang nak tahu cara buat murtabak mini frozen, gorengkan sekejap atau separuh masak atas dapur kemudian simpan dalam peti ais. Selamat mencuba semua. Cara buat murtabak mini ayam kulit popia mudah je kan. Salam dan jumpa lagi di lain masa. Selamat menjalani ibadah puasa semua.