Resepi Semperit Pandan Sukatan Cawan Gebu Mudah Simple Sedap Cair Di Mulut

Resepi Semperit Pandan Sukatan Cawan Lembut Gebu Mudah Simple Paling Sedap. Ada yang suka tak dengan kuih semperit pandan ? Saya setiap tahun setiap kali raya wajib buat kuih raya tradisional ini untuk santapan para tetamu yang berkunjung ke rumah. Ahli keluarga kecil saya yang lain pun suka. Kadang kala pada hari biasa pun diaorang minta ibu dia buatkan untuk dijadikan jajan masa mereka tonton kartun. Kalau tiada apa-apa masalah, tahun ni saya ingat nak open order untuk kuih semperit pandan yang mudah dan sedap. Nak cari duit sampingan sikit. Doakan saya dipermudahkan ya.  Sekarang, jom saya kongsikan resepi kuih semperit pandan sukatan cawan :


Semperit Pandan Sukatan Cawan
Resepi Semperit Pandan Sukatan Cawan



Resepi Biskut Semperit Pandan Sukatan Cawan Ringkas Senang Viral Klasik

Bahan untuk resepi biskut semperit pandan gebu :

Kuih Semperit Pandan Sukatan Cawan
Semperit Pandan Sukatan Cawan


Bahan A


  1. Satu cawan butter
  2. Setengah cawan susu pekat atau tiga per empat cawan gula castor ( blend halus dulu baru sukat )
  3. Pandan emelco sikit ( kalau takde gantikan dengan aisen vanilla )
  4. Pewarna hijau sikit
  5. Dua sudu makan susu tepung ( optional, kalau nak lebih sedap letak lah ya )



  • Kacau hingga sebati guna senduk



Bahan B


  1. Satu cawan tepung jagung
  2. Satu cawan tepung gandum cap ros



  • Satukan ke dalam adunan buter tadi dan kacau rata dan sebati.


Bahan C


  1. Dua cawan tepung kastad



  • Masukkan dua cawan tepung kastard secara sikit sikit sambil ulu sampai jadi doh yang tak melekat di tangan.


Bahan D


  1. Gula Manik untuk hiasan


Biskut Semperit Pandan Sukatan Cawan
Resepi Biskut Semperit Pandan Sukatan Cawan



Cara Buat Semperit Pandan

Kuih Semperit Pandan Sukatan Cawan
Resepi Kuih Semperit Pandan Sukatan Cawan


Cara membuat semperit pandan


  1. Masukkan adunan ke dalam acuan semperit dan terap atau paipkan
  2. Tabur dengan gula manik


Semperit Pandan Recipe
Semperit Pandan Resepi


Step akhir, panaskan oven pada suhu 170 selama lima minit seterusnya bakar pada suhu 160 selama lima belas minit atau sampai masak bergantung kepada oven kapasiti oven masing-masing. Siap.

No comments:

Post a Comment

×