Resepi Tart Telur Sukatan Cawan Guna Periuk Nasi Rice Cooker Sedap Gebu Rangup. Tart telur gergasi saiz xxl menjadi rezeki kami sekeluarga untuk makan malam kejap lagi. Ini dah kali ke berapa buat tak tahu sejak tart telur viral ni diperkenalkan kepada saya. Anak lelaki saya  paling suka sangat makan tart telur rice cooker ni. Dia cakap sedap dan ketagih. Yang lain pun sama naik. Sekali hidang tak sempat kelip mata terus habis. Ada yang nak tak resepi tart telur viral ni ? Jom saya kongsikan resepi tart telur rice cooker sukatan cawan untuk rujukan semua. Harap memberi sedikit manfaat ya. 


Tart Telur Sukatan Cawan
Resepi Tart Telur Sukatan Cawan


Resepi Tart Telur Periuk Nasi Sukatan Cawan Ringkas Senang Viral

Bahan untuk resepi tart telur periuk nasi gebu :

Tart Telur Sukatan Cawan Resepi
Resepi Tart Telur Sukatan Cawan


Bahan A

Resepi Kulit Tart Sukatan Cawan


Kulit Tart Telur Sukatan Cawan
Kulit Tart Telur Sukatan Cawan


Bahan untuk resepi kulit tart telur gebu :

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Setengah cawan majerin
  3. Satu biji telur
  4. Secubit garam


Cara Buat Kulit Tart Yang Cantik

Cara membuat kulit tart yang rangup :


  • Satukan semua bahan
  • Gaul sampai jadi doh yang lembut serta tidak melekat pada tangan



Bahan B

Resepi Filling Tart Telur Sukatan Cawan

Inti Tart Telur Sukatan Cawan
Filling Tart Telur Sukatan Cawan


Bahan untuk resepi inti tart telur sukatan cawan  :

  1. Setengah cawan susu pekat
  2. Tiga biji telur
  3. Satu sudu makan tepung custard
  4. Setengah cawan air
  5. Satu penutup esen vanila
  6. Sedikit pewarna kuning ( jika tak nak letak pun boleh tapi warna filling agak pucat )


Cara Buat Filling Tart Telur

Cara Buat Inti Tart Telur :

  • Satukan semua bahan
  • Gaul hingga sekata

Cara Buat Tart Telur Sedap

Tart Telur Rice Cooker Sukatan Cawan
Resepi Tart Telur Rice Cooker Sukatan Cawan


Cara membuat tart telur yang rangup ;


  1. Bentuk ikut periuk masing-masing ( rujuk gambar atas kat bahan A )
  2. Tuang atas kulit pai yg dh d bentuk dlm periuk


Tart Telur Periuk Nasi Sukatan Cawan
Resepi Tart Telur Periuk Nasi Sukatan Cawan


Step akhir, masak guna api perlahan selama setengah jam hingga empat puluh minit. ( kat dalam gambar saya saja-saja je tu lapik loyang. Loyang tak perlu letak air ye kerana kita bukan kukus ). Siap. Tunggu sejuk sikit, boleh cungkil tepi dia atau sengetkan periuk atau cara lain untuk kasi dia keluar. Jangan bimbang kerana kulit tart telur tak melekat. Cara buat tart telur mudah je kan, selamat mencuba. Salam dan jumpa lagi di lain hari.