Resepi Gulai Ikan Termenung Kuala Kedah Utara Asli Ori Sedap Mudah

Resepi Gulai Ikan Termenung Kuala Kedah Utara Asli Ori Sedap Mudah. Tadi pergi pasar harga ikan termenung murah, jadi kita beli lebih sikit. Ramai penggemar ikan termenung kat rumah. Nak goreng boleh, nak kari boleh.Tapi ahli rumah saya paling suka gulai ikan termenung Utara. Resepi gulai ikan kembung utara saya dapat masa menetap di negeri Kedah Darul Aman sebab suami kena bertugas kat sana. Satu perkara yang saya dapat belajar adalah orang utara memang masak bagi gulai sampai pecah minyak Sekarang jom saya kongsikan resepi gulai ikan termenung kedah asli :  

Gulai Ikan Termenung Kuala Kedah
Resepi Gulai Ikan Termenung Kuala Kedah


Resepi Gulai Ikan Termenung Utara Asli Original Tradisional




Bahan untuk resepi gulai ikan termenung sedap :


  1. Ikan Termenung/ Ikan Kembung
  2. Dua biji bawang merah *
  3. Dua ulas bawang putih *
  4. Halba campur*
  5. Daun kari*
  6. Tiga sudu rempah ikan ( cheq guna brand babas )
  7. Setengah cawan air
  8. Air asam jawa
  9. Satu setengah cawan santan cair
  10. Garam secukup rasa
  11. Tomato


Cara Buat Gulai Ikan Termenung


Gulai Ikan Termenung Utara
Resepi Gulai Ikan Termenung Utara


Cara membuat gulai ikan termenung :


  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang bertanda * hingga naik bau.
  2. Bila dah naik bau, masukkan rempah dan kacau-kacau sekejap
  3. Seterusnya masukkan air. Jika pekat tambah air sikit.
  4. Biar rempah masak serta pecah minyak
  5. Kemudian, masukkan air asam jawa
  6. Masukkan ikan.
  7. Masukkan lain-lain bahan. ( boleh tambah sayur macam bendi, kentang dan sewaktu dengannya )


Step akhir, biarkan mendidih seketika. Bila dah masak, tutup api dan hidangkan bersama nasi panas-panas. Kompem tambah berpinggan-pinggan. Cara cara membuat gulai ikan termenung simple je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

×