Resepi Kuih Lapis Durian Kukus Sukatan Cawan Mudah Simple Paling Sedap Kukus Kuning. Menu sarapan pagi kami satu keluarga tadi, kuih lapis durian yang mudah dan sedap. Syukur, Alhamdulillah menjadi dengan jaya nya walaupun  agak lama tidak melapis. Ada yang suka atau teringin atau nak cuba tak ? Jom saya kongsikan resepi kek lapis durian simple sukatan cawan :

Kuih Lapis Durian Sukatan Cawan
Resepi Kuih Lapis Durian Sukatan Cawan


Resepi Kuih Lapis Durian Mudah Sukatan Cawan

Kuih Lapis Durian Resepi
Kuih Lapis Durian Sukatan Cawan


Bahan untuk resepi kuih lapis sedap :


  1. Dua cawan tepung beras.
  2. Satu cawan tepung gandum.
  3. Satu sudu besar tepung jagung.
  4. Dua cawan santan pekat. (boleh pakai santan kotak kara yang kecik dan tambah air sikit) .
  5. Satu setengah cawan isi durian  ( blend bersama santan )
  6. Dua setengah cawan air pandan.  ( masak gn satu cawan air gula, bubuh daun pandan )
  7. Satu sudu kecil garam
  8. Satu sudu makan pes durian emulco
  9. Pewarna yang digemari

Cara Buat Kuih Lapis Durian

Kuih Lapis Durian Sedap
Kuih Lapis Durian Resepi


Cara membuat kuih lapis durian :


  1. Campur semua bahan diatas dan tapis
  2. Kemudian, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ( saya buat dua ja, kalau ada yang suka warna pelangi dan yang sewaktu dengannya sila bahagikan banyak-banyak bahagian ya )
  3. Titis pewarna yang digemari pada setiap bahagian.
  4. Seterusnya panaskan pengukus bersama acuan yang telah siap di sapu minyak agar kuih lapis durian mudah di cabut dan tidak melekat pada acuan bila sudah masak nanti.


Kuih Lapis Recipe
Kuih Lapis Sukatan Cawan


Step akhir, kukus selapis demi selapis. Setiap lapisan kukus antara enam atau tujuh minit. Dan lapisan terakhir selama dua puluh minit. Siap. Biarkan sejuk dulu dan baru potong. Cara nak buat kuih lapis durian mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari.

> Resepi Serawa Durian Paling Sedap