Resepi Aiskrim Milo Homemade Membuat Ice Cream Mudah Dan Simple Tanpa Telur Mcd Guna Blender. Aktiviti gotong royong saya bersama anak-anak bagi mengisi waktu lapang semasa cuti sekolah iaitu membuat aiskrim milo malaysia viral yang mudah, lembut dan gebu. Asyik membeli sahaja aiskrim malaysia dekat kedai runcit, jadi saya turunkan sedikit ilmu cara buat aiskrim malaysia kepada mereka. Esok lusa kalau mereka rasa nak makan lagi boleh buat sendiri. Ada yang nak tau cara membuat aiskrim milo mudah ? Jom saya kongsikan resepi aiskrim milo guna blender :


Aiskrim Milo Malaysia Resepi
Aiskrim Milo Malaysia Gebu



Resepi Aiskrim Milo Tanpa Telur

Bahan untuk resepi aiskrim milo mudah :


Aiskrim Milo Tanpa Telur Resepi
Aiskrim Milo Tanpa Telur



  1. Satu tin susu cair
  2. Dua sudu besar susu pekat
  3. Satu penutup esen vanila
  4. Satu sudu besar ovalet
  5. Satu sachet Milo

> Resepi Dadih Mudah Dan Sedap

> Resepi Kuih Lompang Milo Sukatan Cawan

> Resepi Puding Milo Sukatan Cawan


Cara Buat Aiskirm Milo Malaysia

Cara membuat aiskrim milo malaysia :

Aiskrim Milo Mudah
Aiskrim Milo Homemade



  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender atau mixer
  2. Blend atau mixer selama lima minit
  3. Kemudian, tuang ke dalam bekas tupperware atau bekas-bekas lain yang bersesuaian.


Aiskrim Milo Malaysia Viral
Aiskrim Milo Malaysia Gebu

Step akhir, simpan dalam peti sejuk selama semalaman sebelum di makan bersama ahli keluarga yang lain. Cara buat aiskrim milo mudah je kan, selamat mencuba semua. Kalau ada masa lapang kita jumpa lagi lain kali ya. Salam dan semoga bermanfaat.