Resepi Pancake Gebu Simple Lembut Membuat Guna Tepung Gandum Ala Kuih Dorayaki Doraemon Jepun Sukatan Cawan Tanpa Blender Yang Paling Sedap. Syukur rezeki kami satu famili sarapan pagi ini iaitu pancake yang gebu dan mudah serta sedap.Suami dan anak-anak semua suka, lebih lebih lagi kalau yang di sapu dengan jem coklat homemade. Walaupun menu agak ringkas namun sekejap sahaja sudah habis licin tinggal pinggan sahaja. Ada yang nak tau cara membuat pancake gebu ? Jom saya kongsikan resepi pancake gebu dan lembut sukatan cawan :


Resepi Pancake Gebu Gebas
Pancake Gebu Gebas Resepi



Resepi Pancake Gebu Mudah Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi pancake gebu jepun :


Cara Buat Pankek Gebu
Cara Buat Pancake Simple



  1. Empat biji telur ayam
  2. Lima hingga enam sudu besar tepung gandum ( ubah ikut kepekatan bancuhan )
  3. Fresh milk
  4. Satu sudu kecil baking powder
  5. Dua hingga tiga titik vanilla extract
  6. Garam
  7. Gula
  8. Olive oil atau tiga sudu butter yang telah dicairkan. 


Cara Buat Pancake Gebu Gebas

Cara buat pancake sedap :



  1. Asingkan putih telur dengan kuning telur. Pukul putih telur sampai kembang .
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan bahan-bahan yang lain dan kacau sekata. 
  3. Bila semua bahan sudah sebati, masukkan putih telur yang kita pukul tadi
  4. Kacau guna sudu hingga nampak cantik adunannya ( tengok video )

Pancake Gebu Recipe
Pancake Gebu Resepi

Step akhir, masak guna api sederhana tanpa minyak. Sekarang siap sedia untuk dihidangkan atas meja untuk santapan ahli keluarga mahupun para tetangga yang hadir menziarah ke rumah. Cara masak pancake mudah je kan, selamat mencuba semua. Kalau ada masa terluang kita jumpa lagi lain kali. Salam dan semoga berjaya.