Resepi Kuih Talam Keladi Sukatan Cawan Membuat Kue Simple Tanpa Oven Tanpa Telur Berlauk Chef. Resipi kuih muih tradisional melayu tidak pernah mengecewakan untuk para penggemarnya.. Diturunkan pula pada kami sebagai penyambung warisan agar tidak hilang di tenggelam zaman. Syukur kue talam keladi saya laku keras dan diterima baik oleh anak-anak dan suami. Tak sampai beberapa minit sudah habis tinggal periuk sahaja. Kalau beginilah maklum balas yang diterima esok lusa boleh buat lagi. Tapi mungkin akan guna noxxa pressure cooker kot agar kerja dan masa yang diambil untuk di siapkan menjadi lebih mudah dan cepat. Ada tak yang nak tau cara membuat talam keladi ? Jom saya kongsikan resepi talam keladi tanpa telur sukatan cawan :

Talam Keladi Sukatan Cawan
Resepi Talam Keladi Sukatan Cawan


Resepi Kuih Talam Keladi Tanpa Telur Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kuih talam keladi sedap :

Kuih Talam Keladi Sukatan Cawan
Resepi Kuih Talam Keladi Sukatan Cawan


Bahan A


  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Empat sudu besar tepung beras
  3. Empat sudu besar tepung jagung
  4. Satu cawan gula
  5. Empat cawan santan


Bahan B


  1. Satu cawan keladi ( sagat memanjang, jika nak letak lebih pun boleh )
  2. Tiga per empat cawan air


Bahan C


  1. Tiga sudu besar pes keladi ( saya pakai ibu air perisa keladi sebab pes habis stok )
  2. Setengah cawan air
  3. Pewarna ungu keladi


Kuih Talam Keladi Resepi
Talam Keladi Resepi



Cara Buat Talam Keladi

Cara membuat talam keladi :


  1. Satukan bahan A dan bahagikan kepada dua bahagian.
  2. Campurkan satu bahagian dengan Bahan B
  3. Dan satu bahagian lagi dengan bahan C


Step akhir, kukus setiap lapisan selama lima belas minit. Tunggu sejuk sikit baru mula memotong. Sekarang siap sedia untuk dihidangkan atas meja makan bagi santapan ahli keluarga mahupun para tetamu yang datang melawat ke rumah. Cara buat kuih talam keladi mudah je kan, selamat menucba semua. Jika tiada aral melintang kita jumpa lagi di lain hari ya. Salam dan semoga berjaya.