Resepi Bomboloni Coklat Sukatan Cawan Membuat Mudah Simple Lembut Gebu Paling Sedap Recipe Versi Malaysia Tanpa Acuan Chef Kitchen Viral. Salam semua. Alas perut dengan menu apa ye untuk minum petang. Saya dan ahli keluarga makan kuih muih tradisional melayu yang mudah dan sedap iaitu kuih donut dan bomboloni coklat viral. Satu resipi sahaja namun boleh buat bermacam jenis kuih misalnya selain boleh buat dua jenis kuih yang saya cakap tadi boleh jugak buat kue burger malaysia dan yang sewaktu dengannya. Bomboloni tanpa acuan tau yang saya sediakan tadi. Syukur menjadi dengan jayanya. Anggaran dalam dua puluh biji tau dan saya guna sukatan cawan metrik bukan cawan minum kopi ye. Ada yang nak tau cara buat bomboloni lembut ? Jom saya kongsikan untuk rujukan semua resepi bomboloni nutella sukatan cawan : 

Bomboloni Sukatan Cawan
Resepi Bomboloni Sukatan Cawan


Resepi Bomboloni Lembut Dan Gebu Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi bomboloni gebu :

Cara Membuat Bomboloni Lembut
Cara Membuat Bomboloni Sukatan Cawan


Bahan A

  1. Satu paket yis kering (11g)
  2. Dua sudu susu pekat
  3. Satu setengah cawan air suam
  4. Dua sudu gula
  • Satukan semua bahan diatas dan biarkan hingga kembang

Bomboloni Resepi
Bomboloni Recipe



Bahan B


  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Dua sudu marjerin
  3. Dua sudu teh baking powder
  4. Satu sudu teh garam
  • Campur dan ramas semua bahan B sampai menjadi seperti serbuk roti.


Doh Bomboloni Sukatan Cawan
Resepi Doh Bomboloni Sukatan Cawan



> Resepi Filling Coklat Bomboloni
> Resepi Filling Kastard Bomboloni
> Resepi Filling Custard Durian Bomboloni
> Resepi Filling Red Velvet Bomboloni
> Resepi Filling Nutella
> Resepi Bomboloni Pandan


Cara Buat Bomboloni Lembut

Cara Buat Bomboloni Sukatan Cawan :

Kuih Bomboloni Sukatan Cawan
Resepi Kuih Bomboloni Sukatan Cawan

Bomboloni Lembut Sukatan Cawan
Resepi Bomboloni Lembut Dan Gebu



  1. Satukan bahan A dan bahan B. Gaul kasi rata
  2. Perap atau biarkan selama satu jam. Pastikan guna bekas yang boleh ditutup ye.
  3. Adunan memang agak lembik ye tapi jangan risau dan jangan memandai pula pergi tambah tepung.
  4. Setelah satu jam, tumbuk tumbuk sikit doh bomboloni tersebut bagi mengeluarkan angin.
  5.  Seterusnya bulat bulat kan doh ( Saya timbang setiap satu dalam 40 gram ).
  6. Biarkan kembang sekejap kemudian lubangkan pada bahagian tengah.
  7. Biarkan lagi sekali dalam sepuluh minit gitu.

Bomboloni Coklat Sukatan Cawan
Resepi Bomboloni Coklat Sukatan Cawan


Dan step akhir, cara goreng bomboloni mula mula panaskan minyak sehingga betul-betul panas dan goreng pakai api sederhana perlahan hingga warna berubah menjadi keemasan atau sampai masak. Dah siap semua, pipingkan filling pada bahagian tengah yang kita tebuk tadi. Sekarang siap sedia untuk dihidangkan atas meja makan bagi santapan ahli keluarga sebagai juadah minum petang mahupun kepada para tetamu yang datang ke rumah. Okey lah, cara membuat bomboloni mudah je kan, selamat mencuba semua. Kalau ada masa lapang kita jumpa lagi di lain kali. Salam dan semoga berjaya.