Resepi Coleslaw Sedap Simple Ringkas Senang Mudah. Kawan-kawan suka makan coslow kfc tak? Apa kata kali ni kita cuba buat sendiri coleslow di rumah. Boleh dapat sebekas besar dan makan ulang kali sampai puas.Dan yang pasti gerenti sedap dari coslow kfc. Resepi Coslow Kfc saya kongsikan dibawah :

Resepi Coleslaw Mudah
Resepi Coleslaw KFC



Resepi Coleslaw Mudah Sedap Simple Senang Ala KFC

 Bahan untuk buat coslow kfc :

  1. Sebiji kobis beijing/biasa ( beijing punyalebih manis) yang siap dihiris
  2. Tiga batang lobak merah yang siap dihiris atau sagat
  3. Mayonis -seimbangkan dengan kuantiti bahan
  4. Tiga sudu besar gula
  5. Secubit garam
  6. Serbuk lada hitam
  7. Suku biji lemon
  8. Suku cawan susu segar

Cara Buat Colesclaw

  1. Masukkan sayur kobis, lobak merah, mayonis dan lada hitam ke dalam bekas, kacau sampai rata
  2. Kemudian, masukkan gula garam dan kacau lagi
  3. Selepas itu, perah lemon 
  4. Akhir masukkan susu segar.

Gaul sampai sebati. Sekarang sudah siap coleslaw homemade buatan air tangan anda. Kalau anda rasa ada terlebih atau terkurang bahan ke apa, pandai-pandailah ubah suai mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba.