Resepi Cucur Kembung Manis Lembut Rangup Sedap Mudah. Sarapan pagi ini iaitu cucur kembong manis rangup diluar dan lembut didalam. Orang sebelah utara panggil cekodok manis, sebelah pantai timur panggil jemput manis tapi saya panggil cucur manis kembung. Sekarang dengar cerita, tengah viral cucur kembong manis ni, ada sesiapa suka tak ? Jom saya kongsikan resepi cucur manis kembung lembut guna sukatan cawan :

Resepi Cucur Manis Kembung
Cucur Kembung Manis


Resepi Cucur Kembung Manis Rangup Lembut Simple

Bahan untuk resepi cucur kembung manis :
  1. Tiga cawan tepung gandum
  2. Tiga cawan air panas mendidih ( pastikan guna air panas mendidih tau )
  3. Lima hingga enam sudu gula (boleh kurangkan atau lebihkan, ikut selera)
  4. Secubit garam


Cara Buat Cucur Kembung Manis

Cara cara membuat cucur kembung manis ;

  1. Masukkan tepung, gula serta garam,gaul sebati 
  2. Kemudian terus masukkan tiga cawan air panas
  3. kacau sampai rata dan sebati 
  4. Biarkan seketika dalam dua hingga empat minit.


Akhir sekali, gentel guna tangan adunan cucur manis tersebut. Pastikan sebelum mula gentel, basuh tangan dan lap betul-betul. Jangan gentel masa tangan basah nanti proses gentel akan jadi susah.Jika adunan cucor kembong manis melekat pada tangan, sila basuh balik tangan dan lap sampai kering. Gentel kesemua adunan dan goreng guna minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu sampai warna bertukar keperang perangan macam dalam gambar. Selamat mencuba.

> Resepi Cucur Udang Rangup Dan Lembut