Resepi German Cookies Sukatan Cawan Mudah Lembut Gebu Warna Warni Simple Sedap. Dah dekat nak raya ni jawabnya mengkukis lagi lah  saya malam ni.  Cik abang pun tolong sama buat german cookies warna warni dekat dapur tadi. Salah satu feberet dia ni. Katanya kalau makan tak sedar berapa biji hilang masuk dalam mulut. Gebu gitu. Ada yang minat suka juga tak dengan biskut jerman ni ? Jom saya kongsikan resepi german cookies gebu sukatan cawan :

German Cookies Sukatan Cawan
Resepi German Cookies Sukatan Cawan


Resepi German Cookies Mudah Sedap Simple Ringkas Senang Paling Sedap

Biskut German Sukatan Cawan
German Cookies Sukatan Cawan


Bahan untuk resepi german cookies simple :

  1. Setengah cawan butter
  2. Satu cawan tepung kentang
  3. Tiga per empat cawan tepung gandum *ayakkan
  4. Satu per empat cawan gula ising
  5. Secubit garam


Biskut German Mudah
German Cookies Mudah



Cara Buat German Cookies

Biskut German Sukatan Cawan
Resepi Biskut German Sukatan Cawan


Cara membuat German Cookies :

  1. Putar mentega dengan gula aising sampai sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung (tepung gandum+ tepung kentang) secara sikit sikit sampai menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan titik pewarna bagi setiap bahagian.( kalau tak nak letak pewarna pun boleh sahaja )
  3. Ambil doh dan bulat-bulatkan dan susun pada atas loyang elok-elok
  4. Celupkan garfu dalam air dan tekan pada bahagian atas doh tersebut sampai menjadi sedikit leper dan bercorak.


German Cookies Recipe
German Cookies Resepi

Step akhir, panaskan dulu oven dan kemudian bakar pada suhu 175 selama dua puluh minit atau sampai masak bergantung kepada kapasiti oven masing-masing. Siap. Biarkan sejuk sebelum di simpan dalam bekas kedap udara. Cara buat biskut german mudah je kan, selamat mencuba semua.

*p/s: doh memang lembut .sebab german cookies  sangatla gebu.tapi jika sesiapa yang nak cookies lebih rangup, sila tambah sedikit tepung gandum ya.