Resepi Apam Beras aka Resepi Apam Nasi Sukatan Cawan. Resepi apam beras yang saya guna ini, bukan sahaja mudah dan tak kena perap lama-lama ( satu jam sudah cukup ). Malahan, hasilnya sangat-sangat puas hati kerana gebu, sedap dan lembut. Kawan-kawan yang nak cuba buat apam beras merekah ni boleh ambil resepi di bawah :
Apam Beras Sukatan Cawan |
Resepi Apam Nasi Sukatan Cawan
Bahan Untuk Buat Apam Beras :
- Dua cawan nasi yang sidap dikisar menggunakan tiga cawan air
- Tiga cawan tepung beras
- Satu cawan tepung gandum
- Satu setengah cawan gula
- Satu paket mauripan
Cara Buat Apam Beras
- Gaul semua bahan
- Perap selama satu jam
- Bila adunan sudah naik, letak dalam acuan lompang dan kukus selama sepuluh minit.
Kalau nak pakai loyang pun boleh tapi kukus dalam masa setengah jam hingga empat puluh lima minit. Selamat mencuba.
> Resepi Apam Susu Sukatan Cawan
> Resepi Apam Susu Sukatan Cawan
0 Comments