Resepi Bubur Asyura Terengganu Sukatan Cawan Sedap Mudah Simple Asli Original

Resepi Bubur Asyura Terengganu Sedap Sukatan Cawan Mudah Simple Asli Original Noxxa. Cerita semalam kami anak beranak dekat rumah.Syukur, Alhamdulillah selesai kacau bubur asyura versi terengganu tradisional. Bila bergotong royong semua kerja jadi mudah. Suasana jangan katalah meriah bukan main. Lebihan kami kasi dengan jiran-jiran berhampiran. Kalau tiada aral melintang tahun depan boleh buat lagi kot acara sebegini untuk merapatkan hubungan kami anak beranak. Jika guna resepi bubur asyura terengganu noxxa nampak gayanya saya seorang je lah bersilat dekat dapur. Ada yang suka tak dengan bubur asyura terengganu ? Jom saya kongsikan resepi bubur asyura terengganu mudah sukatan cawan : 



Bubur Asyura Terengganu Sukatan Cawan
Resepi Bubur Asyura Terengganu Sukatan Cawan



Resepi Bubur Asyura Terengganu Asli Original Tradisional Mudah Dan Sedap

Bahan untuk resepi bubur asyura terengganu original :

Bubur Asyura Terengganu Recipe
Bubur Asyura Terengganu Resepi


Bahan A


  1. Empat cawan beras atau 1/2 kg 


  • sebaiknya jangan guna beras lembut, nanti bubur lambat pejal
  • Rendam dulu dua hingga tiga jam untuk cepatkan beras masak


Bahan B : Blend


  1. Satu cawan bawang merah
  2. Dua batang serai
  3. Dua ulas bawang putih

  • Blend semua bahan B

Bahan C



  1. Empat ekor ikan selayang saiz besar ( bakar atau rebus dan ambil isinya )
  2. Setengah kilogram ubi keledek  ( potong dadu )
  3. Sengah cawan rempah asyura 
  4. Seekor ayam atau daging ( rebus ambil isinya sahaja untuk elak rasa hanyir ayam dalam bubur )
  5. Dua tin kacang merah ( setin 400 gram )
  6. Dua tin jagung ( setin 400 gram ) atau tiga tongkol jagung
  7. Setengah cawan kerisik
  8. Setengah kilogram santan pekat
  9. Empat kerek gula nisan
  10. Garam secukup rasa


Bubur Asyura Terengganu Noxxa
Resepi Bubur Asyura Terengganu Noxxa


Bahan D : Hiasasn


  1. Agar- agar kosong
  2. Hirisan telur dadar
  3. Sambal ikan



Cara Buat Bubur Asyura Terengganu

Resepi Bubur Asyura Terengganu Mudah Sukatan Cawan
Bubur Asyura Versi Terengganu


Cara membuat bubur asyura terengganu :


  1. Masak beras seperti nak buat bubur tapi jangan terlebih air nanti lambat pejal
  2. Masukkan ubi keledek
  3. Masak hingga beras pecah-pecah
  4. Masukkan isi ikan selayang yang sudah direbus tadi.
  5. Bila agak pekat, masukkan bahan kisar dan rempah asyura.
  6. Sentiasa kacau.
  7. Apabila semua bahan sudah mesra dan sebati, masukkan isi ayam/ daging, kacang dan jagung.
  8. Kacau lagi kasi sebati.
  9. Seterusnya masukkan kerisik, santan, gula nissan dan garam.

Bubur Asyura Versi Terengganu
Resepi Bubur Asyura Versi Terengganu


Step akhir, masak dan sentiasa kacau untuk elak berkerak dalam tempoh masa tiga hingga empat jam sampai menjadi betul-betul pekat. Siap dah boleh masukkan ke dalam bekas untuk hidangan ahli keluarga mahupun jiran tetangga. Cara masak bubur asyura terengganu mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari.

Resepi Bubur Asyura Kelantan Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple Ekpress Periuk Noxxa

Resepi Bubur Asyura Kelantan Noxxa Sukatan Cawan Mudah Dan Sedap Express. Terimbau kembali zaman kanak-kanak dulu yang mana memasing gigih  cari dan kikis tempurung kelapa bagi licin. Kemudian kami beramai-ramai tunggu depan kawah untuk tadah bubur asyura yang sedap dalam tempurung. Lebihan daun nenas pula dijadikan sudu. Begitulah indahnya kenangan kami sekampung bergotong royong dari orang dewasa hingga ke anak-anak sibuk untuk menyiapkan sugho klate asli   Sekarang bila teknologi semakin maju,  walaupun sesetengah tempat masih lagi mengekalkan tradisi masak bubur asyura secara beramai-ramai namun tidak semua yang ingin turut serta. Jom tengok resepi bubur asyura kelantan simple sukatan cawan :

Resepi Bubur Asyura Kelantan Noxxa Sukatan Cawan
Resepi Bubur Asyura Kelantan Sukatan Cawan


Resepi Bubur Asyura Kelantan Sedap Sukatan Cawan

Bubur Asyura Kelantan Recipe
Bubur Asyura Kelantan Resepi


Bahan untuk resepi bubur asyura kelantan mudah sukatan cawan :
  1. Tiga pot beras
  2. Dua setengah pot kacang hijau
  3. Tiga cawan santan
  4. Lapan sudu besar rempah sugho ( boleh lebihkan )
  5. Tiga cawan air rebusan daging
  6. Satu tin jagung atau tiga tongkol jangung
  7. Dua sudu kecil garam
  8. Tiga setengah pot gula
  9. Dua keping gula melaka
  10. Satu per empat kilogram daging ( rebus dan carik-carikkan )
  11. 20 pot air
  12. Tujuh ulas bawang merah
  13. Tiga ulas bawang putih
  14. Dua batang serai
  15. Tiga hiris halia
  16. Dua hiris lengkuas

( Blend sampai hancur-bawang merah, bawang putih, serai, halia, dan lengkuas )


Bubur Asyura Kelantan Noxxa
Bubur Asyura Kelantan Sukatan Cawan


Cara Buat Bubur Asyura Kelantan

Resepi Bubur Asyura Kelantan Asli
Resepi Bubur Asyura Kelantan Noxxa


Cara membuat bubur asyura kelantan :

  1. Beras dan kacang hijau. HP 25 minit
  2. Masukkan semua bahan dan kacau ONSF
  3. Kacau sampai pekat dan berat
  4. Bila semua dah hancur dan pekat OFF SF.

Cara Buat Bubur Asyura Kelantan
Cara Membuat Bubur Asyura Kelantan


Step akhir, isi dalam bekas.Sekarang siap sedia untuk dimakan bersama anak-anak. Cara masak bubur asyura kelantan mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari.

> Resepi Bubur Asyura Utara Simple Sukatan Cawan

Resepi Bubur Lambuk Johor Mudah Sedap Simple Sukatan Cawan Asli Original

Resepi Bubur Lambuk Johor Noxxa Simple Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan. Oleh kerana hari ini badan rasa sedikit lemah dan kurang selera makan, maka terpaksalah masak sendiri bubur lambuk johor bahru yang dapat menaikkan selera untuk menambah tenaga demi meneruskan kehidupan seperti sedia kala. Cara nak buat bubur lambuk johor mudah sahaja, saya guna periuk noxxa. Dalam dua puluh minit dah siap. Ada yang nak cuba resepi bubur lambuk johor simple ? Saya ada selitkan resepi bubur lambuk johor sukatan cawan :

Resepi Bubur Lambuk Johor Sedap Sukatan Cawan
Resepi Bubur Lambuk Johor Mudah Sukatan Cawan

Resepi Bubur Lambuk Johor Sedap Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi bubur lambuk johor sedap : 

Bubur Lambuk Johor Resepi
Bubur Lambuk Johor Sedap


Bahan A : Blend


  1. Satu biji bawang besar
  2. Tiga ulas bawang putih
  3. Setengah inci halia
  4. Satu camca teh lada hitam
  5. Satu genggam udang kering



  • Blend semua bahan diatas


Bahan B


  1. Satu cawan beras ( cuci serta toskan )
  2. Sepuluh cawan air
  3. Satu cawan santan
  4. Satu helai daun pandan ( simpul )
  5. Dua batang serai ( ketuk )
  6. Satu sudu besar penuh rempah kurma Babas ( nak lagi sedap campur dengan rempah beriani)
  7. Satu kiub ayam
  8. Satu sup bunjut
  9. Satu cawan mix vege (lobak. jagung, kacang pis dan yang sewaktu dengannya)
  10. Satu batang kayu manis
  11. Satu kuntum bunga lawang
  12. Lima kuntum bunga cengkih
  13. Dua biji buah pelaga
  14. Kunyit sikit ( optional )
  15. Garam sesedap rasa
  16. Isi ayam atau daging atau meatball atau kerang atau yang sewaktu dengannya.


Bahan C : Hiasan



  1. Hirisan daun bawang
  2. Hirisan daun sup
  3. Bawang goreng
  4. Hirisan telur dadar
  5. Serunding daging atau serunding ayam
  6. Telur masin
  7. Kobis jeruk
  8. Sedikit serbuk lada hitam
  9. Sambal kicap


Cara Buat Bubur Lambuk Johor

Bubur Lambuk Johor Recipe
Bubur Lambuk Johor Resepi


Cara membuat bubur lambuk johor :



  1. Satukan bahan yang kita blend tadi dengan rempah.
  2. Kacau sebati sampai jadi pes.Ketepikan seketika.
  3. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. 
  4. Tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga serta serai hingga naik bau. 
  5. Masukkan pes rempah yang kita asingkan tadi.
  6. Kacau sampai pecah minyak. 
  7. Masukkan beras, gaul rata dan masak sekejap.
  8. Tuang air ke dalamnya
  9. Masukkan pula daun pandan, kiub ayam, sup bunjut, isi ayam atau daging. 
  10. Kacau rata serta masak sampai beras kembang menjadi bubur. 
  11. Masukkan sayur-sayuran, 
  12. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.


Cara Buat Bubur Lambuk Johor
Cara Masak Bubur Lambuk Johor


Step akhir, masuk santan dan jika suka cair sila tambah air sikit. Sekarang siap untuk dihidangkan bersama bahan-bahan hiasan. Cara masak bubur lambuk johor mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain kali.

Resepi Bingka Durian Sukatan Cawan Mudah Simple Paling Sedap

Resepi Bingka Durian Kukus Sukatan Cawan Kuih Bakar Kuning Noxxa. Kuih bengkang durian yang menjadi kegemaran kami satu rumah sudah siap sedia untuk di makan. Oleh kerana stok durian dalam peti ais cukup-cukup je ada, sekejap lagi gerenti berlaku episod berebut sesama sendiri. Harap takde lah yang menangis.Letih nak melayan. Ada yang suka tak ? Jom saya kongsikan resepi kuih bengkang durian sukatan cawan :



Bingka Durian Sukatan Cawan
Resepi Bingka Durian Sukatan Cawan


Resepi Bingka Durian Bakar Sukatan Cawan

Bingka Durian Noxxa
Bingka Durian Sukatan Cawan


Bahan untuk resepi bingka durian simple :


  1. Satu setengah cawan tepung gandum
  2. Satu cawan gula
  3. Satu cawan santan
  4. Satu cawan susu cair
  5. Satu cawan air
  6. Tiga biji telur
  7. Satu cawan isi durian
  8. Secubit garam
  9. Bijan secukupnya
  10. Pewarna kuning


Resepi Bingka Durian Kukus Sukatan Cawan
Resepi Bingka Durian Bakar Sukatan Cawan


Cara Buat Bingka Durian

Cara Buat Bingka Durian
Cara Membuat Bingka Durian


Cara membuat bingka durian sukatan cawan;


  1. Blend semua bahan diatas ( kecuali bijan ) sampai sebati
  2. Kemudian, tuang adunan ke dalam loyang yang telah di oles dengan minyak atau majerin.
  3. Tabur bijan pada permukaaan bengkang durian tersebut


Bingka Durian Recipe
Bingka Durian Resepi


Step akhir, bakar pada suhu 180 guna api atas bawah selama satu jam atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing. Sekarang siap untuk dihidangkan atas meja makan untuk santapan ahli keluarga dan tetamu yang berkunjung ke rumah. Cara bikin bingka durian mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari.

Resepi Kuih Lompang Pandan Sukatan Cawan Sedap Mudah Simple

Resepi Kuih Lompang Pandan Sedap Sukatan Cawan Mudah Simple Paling Sedap.Kuih lompang  pandan untuk sarapan pagi kami sekeluarga..Salah satu kuih muih tradisional malaysia yang paling saya gemari. Rasanya lembut dan manis tambah cantik pakej dengan lesung pipitnya..Jika kebanyakan orang makan suka makan bersama kelapa parut tapi saya lebih gemar makan tanpa kelapa. Itulah pasal saya selalu homemade kuih lompang pandan sebab susah kalau beli yang orang jual mesti sudah siap bubuh kelapa. Ada yang suka dan nak cuba tak ? Jom tengok resepi kuih lompang sukatan cawan yang saya kongsikan dekat bawah :.


Resepi Kuih Lompang Pandan Sedap Sukatan Cawan
Resepi Kuih Lompang Pandan Sukatan Cawan

Kuih Lompang Pandan Sukatan Cawan 

Bahan untuk resepi kuih lompang pandan :

Kuih Lompang Pandan Sedap Sukatan Cawan
Resepi Kuih Lompang Pandan Sedap Sukatan Cawan


 Bahan A

  1. Empat cawan air
  2. Satu cawan gula
  3. Dua helai daun pandan ( simpulkan )



  • Masak semua sampai mendidih
  • Sejukkan/suam


Bahan B


  1. Dua setengah cawan tepung beras
  2. Setengah cawan tepung ubi
  3. Satu sudu kecil kapur ( larutkan )
  4. Pewarna hijau


Bahan C


  1. Kelapa parut ( putih sahaja )
  2. Garam sikit


  • Gaul dan kukus sekejap untuk elak basi dan kasi tahan lama


Cara Buat Kuih Lompang Pandan

Kuih Lompang Pandan Sedap Sukatan Cawan
Kuih Lompang Pandan Sukatan Cawan


Cara buat lompang pandan :


  1. Satukan bahan A dan Bahan B. 
  2. Kacau sebati dan tapis.
  3. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan titik pewarna yang kita nak ( kalau nak buat kuih lompang warna warni lah, kalau nak buat warna pandan hanya guna warna hijau je lah xperlu nak bahagikan ).

Cara Membuat Kuih Lompang Pandan
Kuih Lompang Pandan Resepi


Step akhir,  panaskan pengukus sampai mendidih. Masukkan acuan ( tak perlu oles minyak ), biarkan sekejap dalam satu minit baru tuang adunan ke dalamnya. Kemudian, kukus selama sepuluh hingga dua belas minit. Siap. Tunggu sejuk baru korek keluar. Tabur kelapa parut yang sudah digaul bersama garam tadi pada lesung pipit kuih lompang. Cara membuat kuih lompang pandan mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi dilain kali.

×