Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Simple Sedap. Ayam masak lemak cili api Negeri Sembilan memang sangat best. Saya suka saya suka. Kalau saya pergi ke nogori memang tak akan balik selagi tak pekena ayam masak lemak cili padi kat sana. Tapi hari ini saya nak kongsikan resepi ayam masak lemak cili paling mudah dan main campak-campak je :
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi |
Ayam Masak Lemak Cili Padi Mudah Ringkas Senang
Bahan untuk ayam masak lemak cili padi :
1. Bawang putih, bawang merah kecik, cili api, cili merah, kunyit hidup, halia, lengkuas, serai, belacan sedikit. Semua ni ditumbuk. Kecuali serai diketuk
2. Ayam, minyak masak, Santan pekat, daun limau purut, asam keping, garam, dan gula secukup rasa.
Cara Buat Ayam Masak Lemak Cili Padi
Panaskan kan minyak, tumis semua bahan tumbuk sampai garing, masukkan serai. Selepas itu, masukkan ayam, reneh sampai keluar jus ayam. Masukkan santan pekat, air secawan. Biarkan mendidih dan masukkan asam keping, daun limau purut, garam serta gula. Sentiasa kacau sehingga ayam masak. Kalau suka sayur, boleh tambah kentang, tomato dan sewaktu denganya. Selamat mencuba
0 Comments