Resepi Ayam Percik Kelantan Style Simple Mudah Best. Kredit kepada ibu saya yang tersayang kerana resepi ayam percik kelantan yang meletup dan sedap ini. Pertama kali masak ayam percik kelantan.

Ayam Percik Kelantan Resepi dan Cara Buat
Ayam Percik Kelantan



Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah Warisan Keluarga

Bahan Masak Ayam Percik Kelantan :


  1. Halia, bawang putih, serai(tumbuk halus)
  2. Garam serta sedikit Gula


  • Sila lumurkan semua bahan pada ayam,perap seketika.
  • Rebus pakai sedikit air sampai ayam masak (tutup periuk)



Cara Masak Kuah Ayam Percik Kelantan Yang Awesome Original


  1. Santan kelapa
  2. Cili kering ( ikut suka )
  3. Dua batang serai
  4. Enam ulas bawang merah
  5. Satu  inci Halia*
  6. Sedikit asam jawa
  7. Sedikit belacan
  8. Garam serta Gula


  • Kisar halus cili kering, serai, bawang merah dan halia
  • Masukkan semua dalam satu periuk,kacau rata
  • Masakkan guna api perlahan sambil sentiasa kacau hingga kuah pekat
  • Tambah garam dan gula untuk perasakan masakan


( Kuah ayam percik jangan terlebih masin, mesti ada rasa manis baru lagi sedap )

Cara Masak Ayam Percik Kelantan Mari

Bakar ayam yang siap direbus sebentar tadi, lumur bersama kuah yang sudah dimasak, balik balikkan ayam serta lumur kuah lagi secara berulang kali. Selamat mencuba.. 

Ikuti perkongsian lain-lain resepi daripada kami di https://www.facebook.com/resepisimple. Kalau tidak keberatan jemput kawan-kawan juga ye. Terima kasih.