Resepi Cendawan Enoki Goreng Tepung Simple Sedap Rangup. Minggu lepas ada pergi rumah kawan, dia jamu kami sekeluarga dengan cendawan inoki goreng. Rasanya bukan main best, jadi apa lagi minta resepi dan balik buat cendawan enoki goreng tepung sendiri.
Resepi Cendawan Enoki Goreng Senang Simple Sedap
Resepi Cendawan Enoki yang saya kongsikan ni untuk empat hingga lima orang makan tau :
( kalau nak makan satu atau dua orang, sepaket sudah cukup dan kurangkan bahan)
- Tiga paket cendawan enoki
- Tiga biji telur
- Tepung Bestari (spicy atau original)
Cara Masak Cendawan Enoki Goreng Tepung Rangup
- Potong serta buang bahagian akar cendawan.
- Toskan sampai kering. Kirai-kirai sikit.
- Golekkan sikit guna tepung bestari.
- Pecahkan telur dan kacau
- Celup kan dlm telur sekejap.
- Golekkan semula dengan tepung bestari.
Panaskan minyak dan goreng guna api serdehana. Bila warna sudah bertukar kepada warna keemasan, angkat dan toskan untuk tapis minyak yang ada pada cendawan enoki goreng tersebut. Sekarang siap, dah boleh makan begitu sahaja atau, cicah cili sos atau makan dengan nasi. Atas selera masing-masing.
0 Comments