Resepi Kek Coklat Kukus Mudah Dan Ringkas. Ini adalah resepi kek coklat kukus bukan resepi kek coklat bakar. Saya belum pernah cuba lagi bakar setakat hari ni sebab kawan ajar dengan cara kukus, kalau sesiapa yang nak cuba bakar, boleh je kot. Atas selera masing-masing.
Resepi Kek Kukus Simple |
Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan
Kek Coklat Lembab : Bahan A
- Satu cawan gula halus
- Satu cawan serbuk koko
- Satu cawan susu cair
- Satu cawan susu pekat
- Satu cawan minyak masak
Masak semua bahan yang telah dinyatakan menggunakan api sederhana. Kemudian, asing dan biarkan sejuk.
Kek Coklat Moist : Bahan B
- Satu sudu kecil soda bikarbonat
- Satu sudu kecil baking powder
- Satu suku cawan tepung gandum
- Empat biji telur
Mix telur satu persatu. Kemudian, masukkan tepung bersama soda bikarbonat serta baking powder sampai sebati.
Cara Buat Kek Coklat Kukus
- Masukkan bahan A dan B.
- Mix sampai sebati
- Selepas itu, masukkan ke dalam loyang dan kukus kurang lebih satu jam atau sampai masak.
Cara Buat Topping Kek Coklat
- Setengah cawan susu pekat
- Dua sudu besar serbuk koko
- Dua sudu besar marjerin
Masak susu bersama serbuk koko dengan api sederhana sambil kacau. Bila sudah sebati, masukkan pula marjerin dan kacau. Kemudian, tutup api dan kacau lagi. Dah siap, tuang atas kek.
0 Comments