Resepi Kuih Bulan Halal Mooncake Cina. Ada yang peminat kuih bulan dekat sini tak ? Hari tu, bila tengok Kuih Bulan Sedeh Sokmo masuk tv dan laku keras. Tiba-tiba rasa mengidam pulak nak makan, jadi saya pergi dapur dan buat masak sendiri. Ini resepi mooncake halal yang saya guna kalau ada kawan-kawan yang nak cuba buat kuih bulan jugak.
Resepi Mooncake Halal Kuih Bulan Cina
Bahan Buat Kuih Bulan :
- Seratus lima puluh gram golden sirap.
- Enam puluh gram peanut oil ( minyak kacang )
- Lima gram air alkali.
- Dua ratus lima puluh gram tepung kek
Cara Buat Inti Kuih Bulan
- Tiga ratus lima puluh gram pes kacang merah.
- Tujuh biji telur masin .
(Masak dan ambil kuningnya)
Sapuan.:
- Satu biji kuning telur dengan satu sudu teh besar susu segar.
Cara Masak Kuih Bulan Halal Mooncake Cina
Satukan air alkali bersama minyak kacang dan golden sirap.
Guna whisk dan whisk sampai sebati.
Ayakkan tepung serta masukkan ke dalam mangkuk di atas.
Kacau sampai sebati tetapi jangan uli lagi ye.
Biarkan selama satu hingga dua jam.
Uli sekejap.
Bulat-bulatkan seberat enam puluh gram setiap satu.Acuan kuih bulan saya agak besar jadi hanya dapat tujuh biji semuanya.
Sementara tunggu, bulat-bulatkan inti kacang merah seberat lima puluh gram setiap satu.
Kalau hendak isikan telur masin pun boleh namun ingat hanya kuning telur saja yang kita gunakan. Ikut citarasa masing-masing.
Balutkan telur masin bersama pes kacang merah.
Selepas itu, balutkan inti dengan doh kulit kuih bulan sampai rapi.Kena hati-hati supaya inti mooncake tidak terkeluar ketika kita mencetakkannya nanti.
Taburkan acuan kuih bulan dengan sedikit tepung.
Masukkan doh yang anda bulatkan tadi ke dalam acuan serta tekan perlahan-lahan supaya corak-corak kuih bulan terbentuk dekat atas doh.Tekan terus ke atas dulang yang di sapu dengan menggunakan sedikit minyak. Boleh juga kalau nak alaskan pakai baking paper.
Lakukan sampai selesai.
Sembur pakai sedikit air pada permukaan kuih sebelum di masukkan ke dalam oven supaya kuih bulan tidak retak ketika proses pembakaran.
Jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu ya.
Bakar selama 10 minit. dan keluarkan kuih bulan anda dari oven.Sejukkan dalam tempoh masa lima belas minit dan keatas.
Sapukan kuih bulan dengan bancuhan kuning telur dan susu segar.
Last, masukkan ke dalam oven dan bakar dalam tempoh masa antara lima belas hingga dua puluh minit lagi sampai kuih masak dan bertukar warna perang keemasan.
Benda yang paling saya bimbang adalah kuih bulan retak setelah di bakar. Kawan cina cakap, petua nak elakkan kuih bulan dari retak ,kita hendaklah sembur kuih bulan tersebut dengan sedikit air sebelum proses pembakaran dilakukan. Syukur, tips yang kawan saya bagi tempoh hari telah berjaya saya terapkan dalam menghasilkan kuih bulan yang sempurna sifatnya .
Selepas kuih bulan masak ,tunggu sampai sejuk baru boleh dimasukkan ke dalam bekas kedap udara. Biarkan selama tiga hingga empat hari agar kuih bulan anda mengeluarkan minyak dan lembut sebelum di potong.
1 Comments
sis,nak tanya mcm mana sis buat smpai ada warna cantik mcm tu...waktu bila sis letak pewarna?
ReplyDelete