Resepi Pau Frozen Simple Gebu Lembut Senang. Bosan-bosan takde kerja nak buat, kita pergi mengepau secara halal dan sah disisi undang-undang. Bukan mengepau duit sesiapa tau tapi membuat kuih pau untuk di-frozenkan. Tinggal kukus sahaja bila nak makan.
Resepi Pau Frozen |
Resepi Kuih Pau Frozen Gebu Mudah Lembut Sedap
.
- Satu mug air suam
- Dua sudu gula pasir
- Satu paket mauripan
( satukan semua bahan diatas dan biarkan naik)
- Lima cawan tepung gandum atau tepung pau
- Satu sudu baking powder
- Dua sudu makan marjerin
- Dua sudu makan susu pekat
- Sedikit Perwarna ( ikut suka, nak nampak macam epal atau pandan letak warna hijau macam saya )
Cara Buat Pau Frozen Sukatan Cawan
- Masukkan semua bahan dlm mixer dan tuang sikit-sikit bancuhan mauripan tadi.
- Uli sampai jadi doh yang lembut. Uli dalam 15 minit.
- Lepas tu tutup doh tadi dengan plastik dan biar naik dalam 20 ke 30 minit
- Kemudian, tumbuk-tumbuk doh tadi untuk buang angin.
- Bentukkan bulat- bulat, saya timbang 30 gram
- Masuk kan inti kesukaan dan buat sampai abis
- Rehat kan sebentar, bila dah naik boleh la kukus
Kalau nak buat frozen, kukus sekejap untuk matikan yis. Kemudian, susun dalam bekas yang bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Sekian, terima kasih.
0 Comments