Resepi Sambal Totok Jawa Sedap Simple Mudah Ringkas. Assalammualaikum kawan-kawan, sebelum ni saya pernah kongsikan resepi sambal tumis udang, sambal tumis telur puyuh yang saya buat untuk meniaga. Disebabkan harga udang semasa terlalu mahal, saya berhenti sementara dan buat sambal lain totok jawa pula. Syukur sambuta sambal totok jawa saya mendapat sambutan. Saya kongsikan resepi totok jawa untuk sesiapa yang mahu cuba buat sendiri dirumah.
Sambal Totok Jawa |
Resepi Sambal Tokok Jawa Mudah Sedap Best Senang
Bahan buat sambal totok jawa :
- Lima biji cili padi siam
- Tiga biji cili merah besar
- Empat ulas bawang putih
- Dua biji bawang besar
- Dua genggam ikan bilis (rendam sekejap)
- Belacan besar ibu jari
- Sedikit air asam jawa
- Gula, garam serta perasa
Cara Buat Sambat Totok Jawa
- Tumbuk kasar ( jangan kisar ) cili padi, cili merah,bawang,belacan dan ikan bilis.
- Panaskan minyak, goreng bahan tumbuk tadi sampai betul-betul garing dan pecah minyak
- Bila sudah garing masukkan air asam jawa dan renehkan seketika.
- Kemudian masukkan gula, garam dan ajinamoto. Kuantiti ikut selera anda.
Akhir sekali, keringkan sikit dan siap. Dah boleh buat lauk makan dengan nasi panas, lempeng, ubi rebus dan yang sewaktu denganya. Selamat mencuba.
0 Comments