Diploma Pemulihan Cara Kerja. Apa itu Pemulihan Cara Kerja? Pemulihan cara kerja atau Occupational Therapy merupakan suatu bidang yang memberi fokus kepada rawatan pemulihan ke atas individu dewasa atau kanak-kanak yang mengalami kecacatan anggota, kecacatan mental, berpenyakit dan uzur untuk menjalani kehidupan secara berdikari dan produktif dalam kehidupan seharian. Selain, membolehkan para penerima rawatan atau pesakit mampu mencapai tahap kefungsian yang optima dalam kehidupan.
Diploma Pemulihan Cara Kerja |
Tugas Juru Pulih Cara Kerja
- Menyedia serta mengendalikan program rawatan yang disesuaikan dengan keperluan pesakit untuk mempertingkatkan keupayaan pesakit dalam menjalani aktiviti seharian.
- Mengendalikan, membuat penilaian serta mencadangkan penambahbaikan pada persekitaran, kediaman serta tempat bekerja bagi membolehkan pesakit hidup secara berdikari.
- Memberi rawatan dan latihan berdasarkan keperluan pesakit. ( menggunakan alat-alat bantuan sementara atau kekal )
- Memberi pendidikan , khidmat nasihat dan cara penjagaan yang terbaik, selamat dan berkesan kepada pesakit , ahli keluarga serta penjaga.
Peluang Kerjaya Pemulihan Cara Kerja
Di Malaysia, pelbagai IPTA/IPTS yang menawarkan program Diploma Pemulihan Cara Kerja. Salah satunya adalah UITM. Para Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dalam Diploma Pemulihan Carakerja mempunyai pelbagai peluang kerjaya baik dalam sektor kerajaan ataupun swasta. Berikut merupakan contoh organisasi yang memerlukan perkhidmatan terapi carakerja :
- Hospital, klinik serta pusat kesihatan kerajaan dan swasta.
- Pusat Pemulihan OKU ( Orang Kurang Upaya )
- Sekolah Pendidikan Khas
- Pusat Pemulihan Komuniti
- Pusat Rehabilitasi Badan bukan kerajaan
- Amalan Persendirian
- Penjara
Selain memasuki alam pekerjaan, para pelajar turut boleh memilih untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Mudah Pemulihan Cara Kerja. Semoga perkongsian mengenai diploma pemulihan carakerja dapat memberi anda sedikit maklumat serta manfaat. Jangan lupa bantu kami, kongsikan info ini dengan mereka yang lain dengan klik pada simbol g+1 atau share di laman sosial milik anda.
0 Comments