Resepi Dodol Kukus Pahang Original Asli Tradisional. Resepi dodol kukus pahang memang terbaik Terima kasih kepada mak cik yang meniaga di Pekan Sari Temerloh kerana sudi kongsikan resepi dodol kukus yang sedap ini kepada saya. Pagi tadi saya buat dodol kukus temerloh untuk sarapan. Memang best sangat. Kalau kawan-kawan nak tau, dodol kukus adalah salah satu kuih tradisi negeri pahang. Tak kira hari biasa atau bulan puasa mesti ada peniaga kuih yang menjualnya. Saya kongsikan resepi dodol kukus sukatan cawan untuk kawan-kawan semua cuba :

Resepi Dodol Kukus Pahang
Resepi Dodol Kukus



Resepi Dodol Kukus Sedap Mudah Simple Ringkas Senang

Bahan A :

  1. Satu cawan santan pekat untuk buat taik minyak


Cara Buat Taik Minyak

Cara membuat taik minyak, santan dimasak sampai pecah minyak menggunakan api sedang selama lebih kurang setengah jam.

Bahan B
  1. Daun pisang dilayu supaya lembut  agar tak pecah semasa dijadikan alas dodol .


Bahan C
  1. Satu cawan gula merah
  2. Setengah cawan gula pasir
  3. Satu cawan air


Satukan semua bahan c ke dalam periuk. Masak sampai hancur semuanya dan sejukkan

Bahan D

  1. Dua cawan tepung pulut
  2. Satu sudu tepung ubi
  3. Satu cawan santan


Masukan semua bahan D, gaulkan sampai sebati. Bila dah rata dan sebati,  masukkan isi bahan C (suam2 ). Kacau lagi sampai rata dan sebati. Selepas itu, tapis.


Cara Buat Dodol Kukus

  1. Panaskan periuk kukus.
  2. Ambil minyak dari taik minyak yang telah disediakan dan sapu pada daun pisang 
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah dialas menggunakan daun pisang. 
  4. Kukus sampai masak.


Dah siap, sejukan seketika dan taburkan taik minyak di atas dodol kukus. Nak tahu dodol kukus dah masak,  ia cantik licin serta tidak melekat di jari. Warna kehitaman mengikut warna gula. Selamat mencuba.