Resepi Kuih Peria Mudah Lembut Tak Liat Sedap. Ada yang suka kuih peria tradisional ? Ada kuih peria inti kelapa, ada kuih peria inti kacang merah, ada kuih peria inti kacang hijau. Memang sedap dan syok. Kalau tau dek budak-budak hipster mau dia buat kuih peria cheese.
Resepi Kuih Peria |
Resepi Kuih Peria Lembut Tak Liat Simple Senang
- Tpung pulut (sy tak sukat banyak mana, sebab saya buat suku dari tepung 500g )
- Santan kotak yg kcil
- Sedikit air
- Pewarna ikut suka..
- Daun pisang atau plastik (saya guna plastik sebab takde daun pisang)
- Sedikit minyak masak
- Lidi atau garfu (untuk buat corak lekuk peria tu)
- Inti saya beli yang dah siap (Kacang merah)
Cara Buat Kuih Peria
- Asingkan setiap sedikit tepung dalam dua atau tiga mangkuk yang berlainan
- Kemudian, bubuh pewarna mengikut citarasa anda
- Selepas itu masukkan santan sikit demi sikit, kalau rasa keras masukkan air sikit.
- Uli sampai tak melekat di tangan tapi jangan keras sangat takut liat agak agak lembut senang nak bentuk
- Ambil lebih kurang sejemput, gentel bulat dan tekan biar leper
- Letak inti dan tutup secara bujur macam peria
- Corakkan pakai lidi atau garfu di bahagian atas kuih peria
- Sapukan minyak sikit
Akhir, kukus dalam tempoh masa tujuh minit sahaja, jangan kukus lama sangat takut kembang semangkuk pulak. Siap dan selamat mencuba
0 Comments