Cara Lembutkan Ayam Pencen Aka Ayam Tua Dengan Mudah Dan Cepat. Salam semua, kali ini saya hendak kongsikan satu petua lembutkan isi ayam kampung tua dengan cepat dan mudah. Cara lembutkan daging ayam pencen yang saya gunakan ini tersangatlah simple tanpa perlu sudu dan masa merebus pun tidak lama.

Cara Lembutkan Ayam Tua
Cara Lembutkan Ayam Pencen



Petua Lembutkan Isi Ayam Pencen Mudah Rebus Sekejap

Cara melembutkan ayam kampung tua :

  1. Basuh ayam sampai bersih
  2. Masukkan dalam periuk dan tutup guna tudung periuk
  3. Letak atas dapur nanti air ayam akan keluar sendiri dan biar sampai kering.

Dah siap, masaklah ayam kampung tua tersebut mengikut citarasa anda. Kenapa saya tidak meletakkan air semasa proses rebus ayam pencen adalah kerana bagi mengelakkan isi ayam menjadi tawar. Sekian sahaja tips melembutkan ayam kampung yang tidak seberapa daripada saya. Terima kasih.