Resepi Gulai Nangka Tumis Darat Utara Asli Original Tradisional. Lauk kampung belah utara sahaja kita hati ini. Suami suka sangat makan kuah gulai nangka tumis darat utara. Kadang-kadang ratah macam tu sahaja tanpa nasi. Resepi gulai nangka tumis darat utara simple dan cara membuat gulai nangka tumis darat utara ada saya kongsikan dibawah :

Resepi Gulai Nangka Tumis Darat Utara Asli
Resepi Gulai Nangka Tumis Darat Utara

Resepi Gulai Nangka Tumis Darat Utara Original Tradisional Asli

Bahan untuk resepi gulai nangka tumis darat utara mudah :


  1. Nangka
  2. Rempah kari ikan
  3. Asam Keping
  4. Ikan Bilis
  5. Santan
  6. Garam
  7. Gula
  8. Ikan Masin atau ikan duri ( optional )


Cara Masak Gulai Nangka Tumis Darat Utara

Cara cara buat gulai nangka tumis darat utara :


  1. Rebus nangka dengan rempah kari ikan. 
  2. Kemudian, masukkan asam keping dan ikan bilis. 
  3. Apabila nangka sudah empuk, masukan pula santan, garam dan sedikit gula.
  4. Biarkan sampai mendidih dan masak.
  5. Ambil kuali, tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili kering sampai naik bau.
  6. Selepas itu tuangkan ke dalam gulai lemak tadi.
  7. Siap


Nak gulai nangka tumis darat lagi sedap, masa rebus nangka letakkan ikan masin atau ikan duri. Tapi pastikan rasa dulu tahap kemasinannya sebelum bubuh garam takut terlebih masin. Selamat mencuba.