Resepi Inti Kelapa Gula Merah Mudah Sedap Simple. Oleh kerana banyak juga kuih tradisional melayu menggunakan inti kelapa manis, contohnya kuih pau, kuih ketayap, kuih pulut inti manis, kuih peria, roti manis dan lain-lain lagi. Jesteru, saya ingin kongsikan resepi inti kelapa paling sedap dan mudah untuk kawan-kawan semua.
Inti Kelapa Gula Merah |
Resepi Inti Kelapa Sedap Senang Ringkas Sukatan Cawan
Bahan untuk inti kelapa :
- Satu cawan kelapa parut muda ( ambil yang putih )
- Setegah cawan gula melaka atau nissan
- Setengah cawan gula
- Satu sudu besar tepung pulut
- Satu helai daun pandan
- Setengah cawan air
- Sedikit Garam
Cara Buat Inti Kelapa
Cara cara membuat inti kelapa :
Masak gula melaka dan daun pandan bersama sedikit air. Masukkan gula dan kacau sampai sebati.Kemudian, masukkan kelapa parut muda. Akhir sekali masukkan tepung pulut. Gaul rata sebati dan masak sampai kering. Dah kering, tutup api dan biarkan seketika. Bila dah sejuk baru guna. Boleh juga kalau nak simpan dalam peti ais untuk buat stok. Selamat mencuba.
0 Comments