Resepi Ketupat Sotong Terengganu Paling Sedap Versi Cara Buat Mudah Dan Simple . Minggu ini adalah minggu ketupat sotong bagi saya kerana sudah kali kedua buat ketupat sotong kuala terengganu. Anak suka sangat makan. Kebetulan sekarang tengah musim mencadat sotong, jadi tadi masa pergi pasar saya beli lah lebih sikit sotong untuk simpan dalam peti ais. Harga sotong pun berpatutan. Ada yang suka tak ? Saya kongsikan resepi ketupat sotong versi terengganu disini untuk rujukan semua. Harap bermanfaat.

Ketupat Sotong Terengganu Original
Ketupat Sotong Terengganu


Resepi Ketupat Sotong Terengganu Original Sedap Simple Mudah


Ketupat Sotong Terengganu Recipe
Resepi Ketupat Sotong Terengganu


Bahan untuk resepi ketupat sotong terengganu mudah :

  1. Satu kilogram sotong ( bersihkan, kalau nak kuah yang putih boleh buang kulitnya tapi saya tida buang sebab nak bagi kuah jadi warna pink pink gitu )
  2. Dua ratus gram beras pulut  ( cuci, tos dan rendam bersama secawan santan pekat dan sedikit air selama satu jam )
  3. Tiga cawan santan pekat ( untuk kuah )
  4. Sedikit halba
  5. Dua sentimeter halia ( mayang halus )
  6. Satu biji bawang merah ( mayang halus )
  7. Lidi

Cara Buat Ketupat Sotong Terengganu

Resepi Ketupat Sotong Terengganu Asli
Resepi Ketupat Sotong Terengganu Ori


Cara cara membuat ketupat sotong terengganu :

  1. Masak beras pulut yang telah direndam santan sehingga separuh masak sahaja guna api sederhana. Tutup dan biarkan sejuk
  2. Apabila pulut sudah sejuk, masukkan ke dalam perut sotong tapi jangan sampai penuh.
  3. Masukan kepala sotong dan cucuk dengan lidi.
  4. Masukkan santan pekat, bawang, halia dan halba serta sotong ke dalam periuk dan masak menggunakan api perlahan sampai pulut dan sotong masak.

Ketupat Sotong Terengganu Sedap
Ketupat Sotong Terengganu Resepi

Dah siap boleh lah dihidangkan untuk santapan seisi keluarga. Selamat mencuba.

> Resepi Ketupat Sotong Kelantan Asli Original Tradisional