Resepi Serunding Ikan Selayang Aka Serunding Ikan Sardin Sedap Simple Mudah. Ni haa resepi serunding ikan selayang paling simple. Boleh buat inti popia mini, inti karipap, inti pulut panggang, inti kuih ropa, inti samosa dan kuih muih yang sewaktu dengannya. Saya buat sekilogram dapat banyak macam dalam gambar. Resepi serunding ikan selayang simple saya ada kongsikan dibawah :

Resepi Serunding Ikan Sardin
Resepi Serunding Ikan Selayang

Resepi Serunding Ikan Selayang Paling Mudah

Bahan untuk resepi serunding ikan sardin :

  1. Ikan selayang aka Ikan Sardin
  2. Santan

Bahan tumis :

  1. Bawang merah
  2. Bawang putih
  3. Cili kering

Cara Masak Serunding Ikan Selayang

Cara cara buat serunding ikan selayang :

  1. Rebus ikan selayang
  2. Tumis sampai sampai naik bau atau masak bahan tumisan
  3. .Masukkan santan
  4. Masukkan isi ikan selayang
  5. Agak-agak nak kering, bubuh garam dan gula secukup rasa.

Lupa nak bagitahu, ikan selayang tak payah tumbuk atau kisar kerana isi ikan akan hancur sendiri nanti.Selamat mencuba.