Cara Masak Maggi Kari Sedap. Tahukah anda, kunci kesedapan maggi kari adalah pada kaw-nya kuah serta cantiknya mee dia. Jom saya kongsikan resepi maggi kari yang sedap dan special. Cara membuat membuat maggi kari sedap ada di bawah ya :
Cara Masak Maggi Kari Sedap |
Cara Masak Maggi Kari Yang Betul Dan Sedap
Cara cara memasak maggi kari yang sedap :
- Tumis bawang kecil bersama cili padi dengan satu sudu minyak sampai sedikit garing.
- Selepas itu, masukkan air. Bagi sukatan air, ianya perlu di sukat menggunakan bungkusan plastik maggi tersebut.
- Mee maggi tersebut harus dipatahkan kepada empat bahagian dan di masukkan ke dalam air yang sedang dididihkan.
- Kemudian terus masukkan serbuk perencah, serta kacau terus.
- Biarkan sampai air mula menggelegak
- Masukkan sebiji telur ayam.
Kemuncak penyudahan memasak maggi adalah apabila air telah mendidih, segera tutup api dan sedia untuk di ratah sampai licin satu mangkuk. (jumlah masa penyediaan adalah dua minit). Kita tidak mahu masak megi kari dengan air mendidih kerana mee maggi akan kembang semangkuk. Sekian, terima kasih.
0 Comments