Resepi Cili Boh Tahan Lama Sedap Mudah Simple. Petang tadi saya buat stok cili boh homemade. Bukan apa, senang kalau nak masak nanti tinggal pergi ambil  dalam peti ais sahaja.Resepi cili boh sedap dan InsyaAllah tahan lama dalam peti ini saya dapat dari seorang kawan. Semoga bermanfaat.

Cili Boh Tahan Lama Sedap
Cili Boh Tahan Lama


Resepi Cili Boh Tahan Lama Sedap Mudah Simple Ringkas

Bahan untuk resepi cili boh sedap :

  1. Cili kering
  2. Empat Biji Bawang besar
  3. Dua senduk Cuka
  4. Garam
  5. Minyak (untuk hancurkan biji-biji cili tersebut)

Cara Buat Cili Boh Sendiri

Cara cara membuat cili boh :
  1. Masukkan kesemua bahan dalam blender.
  2. Kisar sampai lumat.
  3. Dah siap, tuang ke dalam bekas yang telah anda sediakan.


Cara nak buat cili boh mudah je kan. Selamat mencuba semua.