Resepi Sambal Belacan Thai Sedap Original Asli Tradisional. Bukan makanan golongan hipster tapi kampungster ni. Alhamdulillah selera sungguh makan hari ini. (Padahal hari-hari penuh dengan selera ). Jom saya kongsikan resepi sambal belacan thailand yang paling mudah dan paling sedap, simple je cara nak buat sambal belacan thai :

Resepi Sambal Belacan Thai Sedap
Resepi Sambal Belacan Thai


Resepi Sambal Belacan Thai Original Asli Tradisional

Resepi Sambal Belacan Thai Sedap : 

  1. Tiga ulas bawang merah (bawang kecik) *
  2. Dua ulas bawang putih *
  3. Satu inchi belacan *
  4. Cili padi Thai merah dan hijau
  5. Satu sudu besar gula
  6. Sepohon ketumbar
  7. Satu sudu besar jus limau nipis
  8. Satu sudu besar nampla (sos ikan)


Cara Buat Sambal Belacan Thai

Cara cara membuat sambal belacan thai :

  1. Bahan bertanda* cucuk lidi  atau garpu dan salai atas dapur bersama kulit hingga layu. 
  2. Dah layu, sila kupas kulit.
  3. Tumbuk cili padi Thai merah dan hijau guna lesung. 
  4. Masuk bahan salai.
  5. Masukkan gula.
  6. Masuk sepohon ketumbar dengan akarnya skali.
  7. Tumbuk lagi.


Akhir sekali masukkan jus limau nipis serta nampla. Sekarang siap untuk santapan. Selamat mencuba.