Resepi Nasi Berlauk Gulai Kuning Ikan Tongkol Kelantan Asli Original Tradisional. Sarapan pagi popular di Kelantan iaitu nasi bersama gulai kuning ikan tongkol atau nama lainya Nasi Berlauk. Tak rugi untuk mencuba kerana sangat sedap. Bagi yang ke kelantan jangan lupa untuk merasa nasi berlauk kelantan ya. Bagi yang tidak berkesempatan atau sedang di perantauan, boleh ambil resepi gulai ikan tongkol nasi berlauk kelantan dibawah. 

Gulai Kuning Ikan Tongkol Kelantan Asli
Gulai Kuning Ikan Tongkol Kelantan


Resepi Nasi Berlauk Kelantan Asli Original Tradisional

Bahan untuk resepi nasi berlauk kelantan original :
  1. Seekor ikan tongkol ( potong dan dibersih) 
  2. 200 gram santan segar
  3. Tiga asam keping, 
  4. Enam hiris lengkuas, 
  5. Satu sudu besar garam kasar, 
  6. Setengah keping gula nisan atau sedikit gula kabung
  7. Sedikit cuka.


Bahan Kisar :
  1. Dua bawang merah Besar atau sepuluh ulas bawang merah kecik
  2. Enam hingga lapan hiris lengkuas
  3. Sepuluh biji cili kering rendam air panas
  4. Dua inchi kunyit hidup
  5. Dua ulas bawang putih
  6. Sebesar kelingking halia
  7. Satu sudu jintan manis bersama sedikit jintan putih


Cara Masak Nasi Berlauk Kelantan

Cara cara membuat nasi berlauk kelantan :

  1. Rebus tenggelam ikan bersama tiga asam keping,  enam hiris lengkuas,  satu sudu besar garam kasar, setengah keping gula nisan atau sedikit gula kabung. Renjis sedikit cuka. Rebus sampai air hampir kering.
  2. Dalam periuk lain.
  3. Masukkan bahan kisar. biar atas api sampai hampir kering.
  4. Masukkan 200 gram santan segar. Kacau samapi pecah minyak.
  5. Masukkan air, tambah sedikit lagi santan. 
  6. Sesuaikan kuah dengan ikan. 
  7. Masukkan garam serta sedikit asam keping. 
  8. Biarkan mendidih dan pekat. 
  9. Masukkan sayuran timun, kacang panjang serta cili.
  10. Masukkan ikan yang telah kita rebus tadi. 
  11. Biarkan sampai mendidih. 


Akhir sekali, matikan api kerana sudah sedia untuk dihidangkan.Sedikit nota ringkas,  boleh juga masukkan air rebusan ikan kalau ada dan kalau anda guna air rebusan pastikan rasa dahulu sebelum letak garam kerana bimbang terlebih masin. Cara nak buat kuah nasi berlauk kelantan mudah je kan, selamat mencuba semua.