Resepi Kerepek Pagoda Pedas Rangup Sedap Simple Crunchy.  Mengambil mood raya haji yang tinggal beberapa hari untuk kita bertemu, saya buat Kerepek Pagoda. Ada juga orang panggil maruku pagoda, tapi tak kisah lah apa pun nama kerana ianya tetap benda sama. Jom saya kongsikan resepi maruku pedas rangup :


Resepi Kerepek Pagoda Sedap
Resepi Kerepek Pagoda Pedas


Resepi Kerepek Pagoda Rangup Crunchy Mudah Simple Ringkas

Bahan untuk resepi kerepek pagoda Sedap :

  1. Satu kilogram tepung gandum
  2. Daun kari ( mayang halus )
  3. Air agak-agak sahaja
  4. Satu sudu kecil soda bikarbonat


Bahan kisar :


  1. Satu setengah sudu besar garam
  2. Dua genggam udang geragau
  3. Satu genggam lada kering
  4. Satu biji bawang putih
  5. Satu sudu besar gula



Cara Buat Kerepek Pagoda

Cara cara membuat kerepek pagoda :


  1. Gaul sebati tepung gandum dengan bahan yang telah dikisar.
  2. Masukkan satu sudu kecil soda bikarbonat. Gaul rata.
  3. Masukkan air secukupnya.
  4. Uli doh seperti buat karipap
  5. Kemudian, mesin doh guna mesin mee. ( Kalau tanpa mesin, sila gelek doh kemudian hiris )


Akhir sekali, goreng sampai masak. Pastikan minyak panas betul supaya kerepek pagoda rangup dan tidak menjadi keras. Cara nak buat kerepek pagoda mudah je kan, selamat mencuba.