Resepi Peknga Sedap Mudah Kedah Asli Original Tradisional Assalamualaikum dan selamat petang. Cucuq peknga kelapa atau lempeng nyoq memang sedap makan waktu mendung begini. Tambah-tambah bila cicah dengan gulai ikan temenung  Nikmatnya hanya kita sahaja yang tahu. Kot- kot lah ada anak kedah yang tengah merantau dan rindu peknga utara ni, boleh ambil resepi peknga kelapa kedah yang saya selitkan dibawah : 

Resepi Peknga Kedah
Resepi Peknga Sedap


Resepi Peknga Kedah Original Tradisional Asli

Bahan untuk cucur peknga utara :

  1. Setengah kilogram gandum
  2. Dua biji kelapa muda
  3. Satu sudu kecil garam
  4. Dua sudu gula
  5. Air secukupnya

Cara Buat Peknga Kelapa

Cara cara membuat peknga kelapa :

  1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati ( adunan bagi cair sikit baru peknga lembut )
  2. Panaskan kuali , sapu sedikit minyak 
  3. Tuang adunan dan lenggangkan dalam kuali.
Sekarang siap untuk dijamu. Jangan lupa kongsikan dengan kawan atau anak anak dirumah tau. Cara nak buat peknga mudah je kan, selamat mencuba.

> Resepi Lempeng Kelapa Lembut Gebu Sedap Rangup