Resepi Jeruk Petai Kelantan Asli Original Tradisional. Memandangkan musim buah petai sudah kembali maka terhasil lah jeruk petai yang mudah dan sedap. Mula kenal dengan petai jeruk ini masa pergi ke Terengganu suatu ketika dahulu. Kemudian tertarik dan kalau ada petai jeruk makan nasi gerenti tambah dua pinggan punya. Siapa suka petai jeruk macam saya ? Kita geng. Jom saya kongsikan resepi jeruk petai kelantan :

Resepi Petai Jeruk Sedap
Resepi Petai Jeruk Kelantan


Resepi Jeruk Petai Sedap Simple Mudah Tahan Lama

Bahan untuk resepi petai jeruk mudah :

  1. Petai
  2. Garam kasar
  3. Air Suam
  4. Asam keping
  5. Cili padi



Cara Buat Jeruk Petai Sedap

Cara cara membukat petai jeruk :

  1. Rebus petai dalam sepuluh hingga lima belas minit
  2. Kemudian, tutup api dan biar sejuk
  3. Kopek untuk ambil isi petai
  4. Basuh serta toskan sekejap
  5. Selepas itu, bancuh garam kasar dalam satu sudu besar dengan air suam 
  6. Masukkan dalam bekas plastik atau balang kaca
  7. Masukkan isi petai tadi 
  8. Masukkan asam keping dan cili padi 
  9. Perap selama tiga hari 


Dah tiga hari baru boleh makan.Kalau nak tahan lama simpan jeruk petai yang anda buat dalam peti sejuk. Cara nak buat jeruk petai mudah je kan, selamat mencuba semua.