Resepi Sambal Tahun Babat Sedap Mudah Simple Tradisional. Kenapa dinamakan sambal tahun ? Ini kerana sambal tahun memberi makna, masakan sambal tahun babat tahan lama dan boleh dimakan sehingga bertahun-tahun, hanya perlu dipanaskan setiap kali hendak dijamu dan ianya akan bertambah pedas dari masa ke semasa akibat cili padi telah pecah. Ini merupakan resepi sambal tahun tradisional dari keluarga saya. Boleh cuba jika mahu.
Resepi Sambal Tahun Babat |
Resipi Sambal Tahun Sedap Mudah Simple Ringkas
Bahan untuk resepi sambal tahun mudah :
- Satu kilogram babat hitam
- Satu ketul lengkuas
- Dua puluh cili padi
- Setengah kilogram santan
- Serbuk kunyit ( jika suka, kalau tak letak pun takpe )
- Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Bahan tumbuk :
- Lima biji bawang merah
- Lima ulas bawang
Cara Membuat Sambal Tahun
Cara cara buat sambal tahun sedap :
- Rebus babat hitam dalam lima belas minit. Toskan dan potong ikut saiz yang anda suka.
- Basuh balik babat.
- Kembali rebus babat bersama lengkuas, dan cili padi. Cili padi akan pecah dan meningkatkan tahap kepedasan. Tahap kepedasan cili akan bertambah kalau kita panaskan masakan ini dari semasa kesemasa.
- Apabila babat sudah empuk, keringkan air,
- Masukkan bahan tumbuk.
Akhir sekali, masukkan santan dan perasa. Masukkan juga serbuk kunyit kalau suka. Masak guna api perlahan sampai mendidih. Dah siap, hidangkan bersama nasi panas dan pucuk ubi rebus. Memang paling sedap. Cara nak buat sambal tahun mudah je kan, selamat mencuba.
0 Comments