Cara Buat Rempah Kari Ikan Homemade Sendiri. Masa kecik dulu, mak selalu minta saya tolong hantar bahan rempah kari ikan pada sorang jiran untuk di giling. Alhamdulillah walaupun sudah banyak masa berlalu, saya masih ingat dengan baik semua bahan rempah kari ikan yang diberikan oleh mak saya. Saya selitkan resepi rempah kari homemade untuk rujukan semua :
![]() |
Cara Buat Rempah Kari Ikan Sendiri |
Resepi Rempah Giling Kari Ikan
Bahan untuk buat Resepi Rempah Kari Ikan Homemade :
- Sepuluh hingga dua belas biji cili kering
- Tiga sudu besar rempah biji ( ketumbar )
- Tiga ulas bawang putih
- Satu labu bawang besar atau lima hingga tujuh ulas bawang kecil
- Kunyit hidup
- Sepuluh hingga lima belas biji lada hitam
- Dua sudu besar jintan putih
- Satu sudu besar jintan manis
Cara Membuat Rempah Kari Ikan Sendiri
- Semua bahan ( kecuali bawang dan kunyit hidup ). Basuh, tapis dan rendam dengan air panas selama sepuluh minit.
- Selepas itu, masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga lumat.
Sekarang, sudah sedia untuk dibuat kari. Masak lah cara yang sama macam kita guna serbuk kari. Cara nak buat rempah kari ikan sendiri mudah je kan, selamat mencuba.
0 Comments