Resepi Somtam Betik Thailand Asli Original Tradisional. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk pengetahuan semua som tam thai atau nama melayu nya adalah kerabu betik thai adalah makanan paberet saya.tak sah jika pergi ke kuala perlis tak pekena somtam thai. Oleh kerana tak puas makan dekat kedai, kita buat muka tak malu untuk minta resepi som tam thai dengan tuan kedai dan balik buat somtam thai sendiri alang-alang buah betik banyak kat luar pagar rumah. Resepi Som Tam Betik Thailand Asli ada saya kongsikan dekat bawah ya :

Somtam Betik Thailand
Resepi Somtam Betik Thailand


Resepi Somtam Betik Thai Original Tradisional Asli

Bahan untuk resepi somtam thai sedap :

  1. Betik muda
  2. Dua ulas Bawang putih
  3. Satu biji Tomato
  4. Kacang panjang
  5. Limau nipis
  6. Sos ikan (nampla)
  7. Gula kabung thai ( gula pasir pun boleh )
  8. Cili padi merah
  9. Kacang tanah

Cara Buat Som Tam Sedap

Cara Buat Som Tam Thai :

  1. Tumbuk cili padi dan bawang putih kasar-kasar.
  2. Masukan tomato dan kacang panjang
  3. Masukkan gula ,perahkan limau nipis 
  4. Masukkan sos ikan.
  5. Kacau sampai sebati.
  6. Masukkan betik muda dan gaul semua sekali
  7. Rasa sikit untuk seimbangkan rasa.

Akhir sekali, tabur kacang tanah. Bagi yang suka pedas, sila lebihkan cili padi ya. Siap. Cara nak buat somtam mudah je kan, selamat mencuba.

> Resepi Kerabu Maggi Thai Sedap